Sunday, January 15, 2012

Panas!! Pemimpin BN lebih firaun dari firaun +Video

ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin.

Menurutnya, pengisytiharan harta itu membuktikan PR berani dan selaras dengan janji mereka yang mahu membuktikannya kepada rakyat.

"Kita tidak takut istihar harta sebab kita bersih, pemimpin BN berani atau tidak seperti kita?

"Jika pemimpin BN isytiharkan harta pasti lebih firaun dari firaun, itu perbezaannya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Perisytiharan harta, yang dibuat kelmarin, membabitkan tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011, dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Selain itu, Guan Eng turut berjanji tiga perkara iaitu menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, pemberian RM1,000 setahun kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menurunkan kos sara hidup seluruh negara.

Katanya, janji ini boleh dicapai kerana menurutunya PR berjaya membuktikan pentadbiran yang bersih, sebagaimana dapat disaksikan di Pulau Pinang.

"Kos pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak RM6 bilion tetapi sekarang syarikat yang menyelianya sudah mengutip RM24.3 bilion, apa lagi yang mereka mahu kutip?

"Oleh itu, saya berjanji tol lebuh raya ini akan dihapuskan sejurus kita menawan Putrajaya," katanya.

Ceramah ini turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik serta dihadiri kira-kira 1,000 orang.

P/s: Pemimpin umno BN tidak pernah isytihar harta walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah....


Beranikah NAJIB dan pemimpin BN isytihar harta?

Beranikah Haji Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang mengampunya mengisytiharkan harta masing-masing. Beranikah mereka mengiytiharkan kondominium mereka yang berharga jutaan ringgit, deretan kereta mereka yang jutaan ringgit, tanah mereka yang terdapat di serata tempat, wang simpanan di luar negeri, harta-harta atas nama isteri, anak-anak dan kroni mereka, saham-saham di serata dunia dan sebagainya.

Jawapannya sudah tentu tidak berani.......kalau ada yang beranipun ialah mereka yang tidak ada harta sahaja. Memang susah untuk mencari pemimpin Umno di pusat, negeri, bahagian hatta cawangan yang miskin papa kedana. Semuanya kaya raya. Ada yang dahulu hanyalah seorang budak pejabat/peon tetapi bila aktif dalam Umno dan menjadi AJK Bahagian atau Pemuda Bahagian sekelip mata sahaja mereka jadi kaya.

Ada pemimpin Umno yang tidak lulus SPR pun kaya raya. Hebat Umno ............... Mutaligat


No comments:

Post a Comment