Wednesday, January 25, 2012

MCA menakutkan Cina dengan PAS, UMNO pula menakutkan Melayu dengan DAP.


“DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.” “PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Sokongan Cina kepada DAP akan beri PAS kuasa, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”

“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.

“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu.

Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.

Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu.

Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu “pembelot” dari pemimpin penting mereka.

“PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah.

“Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR,” kata Dr Chua.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat.

Namun PKR berdepan dengan satu persatu “pembelot” dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008.

Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang.

Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis. MI
Adoiii mana satu yang betul neh beb? Pemimpin2 bn takde telefon ka calling2 dulu, pakat2 sebelum keluarkan statement? kah kah kah

BEGINI, INI CERITANYA - Tukar Tiub

selama 54 tahun seorang bomoh melayu ini
menakut nakutkan orang melayu dengan hantu china
bila orang melayu takut dengan hantu cina
maka bomoh melayu ini dapat jual tangkal

selama 54 tahun bomoh ada juga seorang bomoh cina
yang menakut nakutkan cina dengan hantu melayu
bila cina takut dengan hantu melayu maka bomoh china dapat jual ubat

inilah kerja gerombolan seklama 54 tahun
inilah kerja mca selama 54 tahun

terima kasih ronald reagan
yang menghadiahkan dunia dengan internet

bila internet sampai
bomoh melayu
bomoh cina
dan tukang tilik nasib india
tak dapat buat kelentong lagi
kah kah kah . . .

No comments:

Post a Comment