Saturday, January 14, 2012

Lembu pun gelak beb!!! Najib Terdesak Untuk Tawan Balik Selangor


SUNGAI PETANI, 14 JANUARI : Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang semakin rancak turun bertemu rakyat di Selangor bagi meraih sokongan untuk Barisan Nasional disifatkan sebagai usaha terdesak di mana BN “hanya bermimpi dan mengigau”.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selama lebih 50 tahun BN mentadbir Selangor mereka gagal untuk memberi keselesaan kepada rakyat namun kini mereka merayu kepada rakyat untuk kembali menyokong BN.

“Ramai pemimpin BN mengigau dan mimpi sampai PM (Najib Razak) terpaksa turun untuk minta undi BN demi perubahan. Buat apa undi semula BN, ini kerja bodoh,” katanya.

Jelas Abdul Khalid, sebagai pentadbir negeri, perkara utama adalah melaksanakan janji yang disebutkan dan bukan hanya pandai berkempen semata-mata.

“Jangan cakap banyak, kempen banyak tapi yang penting kita kena lakukan gerak kerja,” katanya di satu ceramah di Pengumpulan Hasil Pertanian, Lembah Jerai di sini.

Mengulas lanjut katanya, pengenalan dasar ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ bukannya satu slogan semata-mata sebaliknya merupakan gerak kerja yang perlakukan untuk keselesaan rakyat.

MES yang dilaksanakan sehingga kini berjaya memberikan manfaat kepada rakyat melalui program pemberian air percuma 20 meter padu, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan beberapa program lain.

Katanya, gerak kerja telus yang diamalkan pimpinan Pakatan ternyata mengakibatkan kroni Umno ’sakit perut’ kerana gagal untuk mendapatkan projek dengan jalan mudah.

Manakala Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata tiada alasan untuk rakyat menidakkan kekuatan Pakatan bagi mentadbir negara selepas pilihanraya umum akan datang.

“Ini bukan kempen kosong, tetapi ini telahpun dibuktikan di Selangor,”

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata rakyat perlu mengubah kerajaan persekutuan dan melihat sejauh mana kematangan BN mengambil alih tugas pembangkang.

“Kita ubah pada PRU-13 ini. PM Malaysia Anwar Ibrahim, Najib pula Ketua Pembangkang. Kita lihat mampu atau tidak dia menggalas tugas itu.

“Sejak pembebasan Anwar dari tuduhan karut yang direka BN, ramai antara pemimpin Umno yang bercadang untuk menyertai kita (PR), pintu kapal yang dinakhodai Anwar sentiasa terbuka sebelum PRU, selepas PRU baru insaf mahu sertai perjuangan kita, ia sudah terlambat, pintu kapal sudah tertutup, biar mereka lemas dalam lautan,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh.

Manakala, Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw pula berkata dalam merealisasikan hasrat Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, rakyat perlu bersiap sedia dengan mentaliti yang teguh sebagai perisai menangkis usaha jahat Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya.

“Penduduk Selangor dan Kelantan harus diambil contoh, mereka tidak menolak pemberian gula-gula politik dari Umno-BN, tetapi apabila tiba masa pilihanraya, mereka tetap pangkah (mengundi) Pakatan Rakyat.

“Mentaliti ini membuatkan Perdana Menteri hilang idea bagaimana untuk menawan kembali negeri-negeri bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, kerana rakyat lebih celik dan cerdik hari ini,” katanya.
LEMBU pun gelak besaq maaa...satu je gua nak tanya,kat negeri Pahang ada ka depa bagi 20 meter padu ayaq percuma? Negeri dia pun masih ramai yg hidup melarat lg nak menyibuk kat Selangoq kah!kah!kah! .. Sila Klik Sini

No comments:

Post a Comment