Saturday, January 14, 2012

LUCUNYA NAJIB MAHU TOLONG RAKYAT SELANGOR, RAKYAT NEGERINYA SENDIRI PUN MENDERITA

NAMPAKNYA Najib terlupa bahawa Selangor suatu ketika pernah ditadbir oleh Umno/Bn selama berpuluh tahun dan pada ketika itu rakyat di Selangor menderita di bawah Umno/Bn walaupun Selangor adalah negeri yang terkaya. Apabila kehilangan kuasa pada tahun 2008, sekarang barulah Najib tersedar dari lamunan bahawa selama ini Selangor terabai berpuluh tahun dahulu.

Beliau berkunjung ke Selangor semalam, maka seperti biasa cuba untuk memperbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut. Najib berjanji untuk meringankan masalah peniaga Melayu yang menyewa lot kedai di Kompleks PKNS di Shah Alam, jika BN mengambil alih kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Mahu tolong rakyat Selangor? Rakyat Pahang apa macam, bro?

Najib berucap isu apa di Selangor? Tiada isu yang Najib boleh perlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Beliau bercakap tentang masalah sampah yang sering dimainkan oleh media seperti TV 3. Amat memalukan sebagai seorang PM, Najib membawa isu sampah. Selain dari itu isu apa? Tiada samasekali melainkan berjanji dan terus berjanji. Kononnya mahu meringankan beban para peniaga. Mengapa tidak dilaksanakan di negeri-negeri yang Umno/Bn perintah sekarang? Di Pahang contohnya, adakah para peniaga hidup senang lenang dan terlalu murah harga menyewa lot kedai?
"Wahai Najib, kau jangan temberang la....Tolong rakyat aku kat Pahang ni dulu beb....."

Di Pahang, sudahlah harga sewa lot kedai mahal, terpaksa pula menanggung bil air yang tinggi. Adakah air percuma 20 Liter Padu di Pahang seperti di Selangor? Ertinya, di negeri beliau sendiri pun Najib tidak mampu bantu, adakah rakyat Selangor boleh harap anak jati Pahang ini mahu membantu rakyat Selangor? Eloklah Najib balik ke Pahang dahulu dan arahkan Nan Yaakob buat seperti yang beliau janjikan di Selangor. Paling utama, suruh Nan Yaakob beri air percuma seperti di Selangor. Itu belum dikira pemberian saham RM100 setahun kepada anak-anak yang lahir di Selangor. Nan Yaakob mampu buatkah?

Kepada rakyat Selangor, anda datang ke Pahang dan bertanya rakyat Pahang apakah yang rakyat Pahang dapat dari Nan Yaakob dan bandingkan dengan apa yang anda dapat di Selangor. Nescaya jauh bezanya umpama langit dan bumi. Maka, releven kah janji Najib kepada rakyat Selangor kalau di negerinya sendiri rakyat menderita? Fikir-fikirkanlah, jangan menjadi bodoh terlampau./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment