Sunday, January 1, 2012

Laa !!! Yang ditangkap khalwat itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO Padang Besar?

Dari tajuk dan penulisan Blogger UMNO ini jelas, beliau mempunyai prasangka yang buruk terhadap PAS dan Ahlinya..

Kerana baginya PAS akan mempertahankan habis-habisan jika Ahli-ahlinya melakukan perkara yang tidak bermoral contohnya dala kes Mat Sabu seperti yang ditulis Blogger UMNO itu..

Jangan harap PAS akan biar ahlinya jika ditahan kerana kes Mat Sabu dan Adun Selinsing membuktikan 'ketelusan' Iselam yang mereka perjuangkan.

Mereka akan pertahan habis-habisan jika berlaku perkara tidak bermoral kepada puaknya sendiri.

Dunia dah akhir zaman dan agama terang-terangan diperalatkan puak pelampau agama utk pemerintahan walau menggadai prinsip Islam.

Puak UMNO biarpun tidak ramai lulusan agama tetapi bukan bermakna mereka tidak merujuk kepada agama dalam perjuangan merek.

Siapa lebih kuat agamanya antara yang menjual kalimah Allah berbeza dengan UMNO yang mempertahankannya dari diguna oleh puak Kristian.?

Gunakan jawapan itu untuk memilih dalam PRU akan datang. Demi memartabtkan Islam dan Melayu dan demi keadilan semua kaum yang dinaungi Raja Melayu sejak dari dulu !

Malangnya apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan bila mana komen-komen yang ditinggalkan (lihat print screen di bawah) mendakwa Ahli Politik yang dilaporkan telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Perlis baru-baru ini didakwa sebagai Ahli UMNO sendiri..

Kain PAS hendak diselak tapi yang terselak kain UMNO sendiri… kah.. kah.. kah..

No comments:

Post a Comment