Saturday, January 28, 2012

Insiden Ceramah ABU : Lagi laporan Polis dibuat..

Laporan polis pemuda didakwa 'dipukul' di ceramah ABU
Jan 28, 2012 Pengarah eksekutif Suaram, E Nalini membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian seorang pemuda dipukul di ceramah Asalkan Bukan Umno (ABU).

Laporan tersebut dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi
semalam.

NONEKetika dihubungi, Nalini (kanan) berkata dia dan rakannya M Sivaranjani adalah saksi penting dan oleh itu merasakan perlu mereka tampil membantu siasatan polis.

"Kami saksi utama kerana tidak ramai orang di luar pada masa itu," katanya.

Sabtu lalu, sekumpulan pemuda menyerbu ceramah ABU di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun dan seterusnya didakwa memukul seorang pemuda yang merupakan antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Nalini berkata, beliau yang dalam perjalanan ke tempat tersebut, telah melewati pintu masuk dan terkejut melihat dua motosikal ditunggang keluar dari dewan.

"Kami menghentikan kereta kami untuk memberi laluan kepada motosikal tersebut dan kemudian kita nampak seorang budak India keluar," katanya.

Budak lelaki itu, dakwanya, telah berkata sesuatu kepada kumpulan yang telah mengganggu para hadirin, dan selepas itu mereka memukulnya.

"Kami nampak dia kata sesuatu tetapi kita tak tahu apa yang dia kata," kata Nalini sambil mendakwa kumpulan tersebut kemudian menjerit kepada budak itu dan mula menarik serta memukulnya. - Mkini

No comments:

Post a Comment