Sunday, January 29, 2012

HIMPUN : Ni Perhimpunan untuk selamatkan AQIDAH atau .....

DATO Dr HASSAN ALI KECAM PEMIMPIN PAS

28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini. - Sumber: Utusan Online

BPR : Nampak nya hassan menggunakan PENTAS HIMPUN untuk melepaskan rasa pendam PERIBADI bukan untuk membetulkan AQIDAH Umah .. Tanya Hassan .. apa tindakan beliau terhadap "Kelab Taat Suami"? , apa saranan beliau kpd KERAJAAN unt menyelamatkat Aqidah Umat Islam? Apa komen beliau berkaitan kenyataan2 pemimpin ISLAM yg JELAS menyeleweng dari AQIDAH? .. Nampaknya beliau cuba Membaling batu terhadap PAS atas KESILAPAN yang dilakukan oleh BELIAU sendiri... Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment