Tuesday, January 31, 2012

HASAN ALI TUBUH JATI!!! Jual Agama Tipu Islam ka?

Hasan Ali tubuh JATI teruskan perjuanganBekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan ‘Jati’ untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.
”Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)…saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan ‘parasit’ yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.

Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.

Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk ‘kuasa ketiga’ yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.

Psssstt.. JATI ITU APA?... Jual Agama Tipu Islam ke??????


No comments:

Post a Comment