Tuesday, January 10, 2012

Hari terakhir bersama PEKIDA +Video

Mohd Hakimi bin XXXXXXX
Ini adalah email ringkas yang kami terima – kami pamer namun tidak bertanggungjawab mengenai kesahihan penama dan tuduhan terhadap organisasi yang dimaksudkan. Sungguhpun begitu kami siarkan kerana tidak ada tuduhan spesifik cuma ketidakpuasan hati pengirim dalam isu PEKIDA menyokong Saiful Bukhari Azlan. Kami juga tidak membaca sokongan spesifik PEKIDA. Kami serahkan kepada pembaca untuk menilai dan komen.


Saya tidak dapat memberikan nama penuh saya. Saya tidak boleh melakukannya kerana saya tahu akibat menulis tulisan ini. Saya adalah pembaca tegar laman Internet khususnya Malaysiakini.com , Agendadaily.com dan laman seperti Umno-reform2.com serta portal berita lain seperti bernama, Utusan dan yang lain.

Tetapi bila berlakunya perhimpunan BEBAS dan tindakan – tindakan yang diambil oleh PEKIDA dan membaca bagaimana Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia bangkit untuk menyokong keadilan untuk Saiful, saya melihat ini sebagai satu perkara yang tidak baik. Saya sebenarnya dimaklumkan bahawa kita akan berjuang menyokong kerajaan, itu saya terima tetapi untuk menyokong Saiful dan membakar semangat untuk bertindak ganas kepada peserta demo lain dalam Perhimpunan Bebas, saya rasa mereka ada kepentingan sendiri.

Saya tidak setuju PEKIDA dan organisasi Melayu lain digunakan untuk politik semata-mata. Saya amat kesal dengan apa yang mereka maklumkan kepada saya dan merasakan bahawa Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda ada tujuan tersendiri dan bukan atas tujuan kebajikan Melayu.

Banyak yang nak saya ceritakan tetapi saya percaya mereka yang telah dipanggil untuk tujuan bertembung dengan Perhimpunan Bebas tahu bahawa kita digunakan untuk tujuan kepentingan tersendiri. Maka hari ini sungguhpun saya pernah BERSUMPAH tetapi hari ini adalah hari terakhir saya bersama PEKIDA. - Hakimi



No comments:

Post a Comment