Wednesday, January 25, 2012

DEBAT, ALASAN NAJIB MENGGELIKAN HATI

Memang diijangkakan Najib tidak akan berani untuk berdebat secara terbuka dengan mana-mana pemimpin PR. Di kalangan Umno hanya beberapa kerat sahaja pemimpinnya yang berani berdebat di hadapan rakyat. Antaranya Shabri Cheek, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, yang lain semuanya pengecut. Cakap berdegar-degar hanya di media tetapi diajak berdebat di hadapan rakyat mereka tidak berani.

Maka pelbagai alasan diberikan oleh Najib. Ianya disampaikan melalui Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan. Antara alasannya ialah :-

cadangan debat terbuka bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai.

Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

Itu alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan yang kesemuanya jelas tidak professional dan melambangkan Najib takut berdepan dengan Anwar dan pemimpin PR disebabkan beliau bimbang tidak dapat menangkis hujah dan fakta yang dikeluarkan di depan rakyat.

Ternyata Najib berjiwa kecil dan tidak berwatak sebagai seorang Negarawan. Sepatutnya sebagai seorang yang berjiwa besar dan bakal digelar Negarawan beliau berani untuk menerima apa juga nasihat dan kritikan membina dari sesiapa sahaja, bukannya mengamalkan sindrom penafian.

Kalau begitu sifatnya beliau tidak layak untuk digelar Negarawan............ - Mutaligat
Ok, tapi kenapa dari peringkat sekolah rendah, sampai ke universiti sejak dari tahun 1990 telah banyak dilancarkan program program debat, antara sekolah sampai lah ke peringkat Universiti, kenapa tu boleh?

Mungkin penerimaan budaya debat hanya takat sekolah dan universiti tetapi ia tidak sesuai untuk mereka yang berpolitik, lagi lagi apabila melibatkan pemimpin tertinggi negara seperti Najib Razak.

Pelik juga sebenarnya, waktu sekolah ajar pelajar supaya berdebat, macam macam program di atur dan disusun siap ada piala untuk pedebat terbaik, wakil sekolah, negeri sampai lah negara, tapi pemimpin UMNO guna alasan tak nak debat sebab budaya?

Sedangkan budaya debat telah diterapkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kepada para pelajar dari sekolah rendah sampailah untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti pun ada debat, tiba tiba keluar kenyataan Budaya Debat bukan Budaya kita?

Dah, tu apa budaya kita? Hang Tuah pun tak wujud, jadi apa budaya kita sebagai orang Melayu, orang Malaysia? kacau majlis orang macam kes dekat jalan kebun Klang tu, adakah tu budaya kita?

Satu alasan yang amat tidak logik dan amat kurang bijak dari Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan. Amat memalukan.

Kalau takut, katakan sahaja takut, tak perlu cipta alasan yang karut! - Really

Kalau beginilah daya intelektual KP UMNO, maka tak hairanlah ahli-ahlinya sentiasa berhujah kotor dan tak bertamadun, apa guna debat & pidato piala perdana menteri kalau PM sendiri tak boleh berdebat? Apa guna parlimen kalau bukan untuk bebahas, berbahas tu berdebatlah wahai KP oi. Hakikatnya UMNO tiada hujah, segala hujah tempang dan dangkal sebab itulah mereka sedayanya cuba berdalih walaupun hujahnya sangat rendah daya intelektualitinya, NAJIB pun lebih baca skrip dari berhujah, dalam parlimen pun selalu tak hadir, tak hairanlah dia tak boleh menjawab semua kepincangan yang berlaku hasil tangan-tangan mereka sendiri - IAR

No comments:

Post a Comment