Saturday, January 28, 2012

Budaya debat adalah Budaya Barat Atau Islam?


ANWAR TETAP MAHU DEBAT DENGAN NAJIB RAZAK


UMNO Kata Debat Budaya Barat, Debat Tidak Relevan.

Kenapa Anwar Ibrahim nak debat dengan Najib Razak?

Anwar dalam ceramahnya di Sabak Bernam baru baru ini ada nyatakan bahawa debat yang disyorkan adalah wajar bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.

“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,”

Tapi orang dan menteri UMNO pulak cakap ia tidak relevan dan budaya debat adalah budaya barat kan?

Itu karut, dan ia memang amat mengarut, orang yang cakap demikian adalah orang yang tidak mengunakan akal fikiranya dengan waras.

Ini kerana, debat adalah perkara yang diperintahkan syariat untuk menyatakan yang haq (benar) dan membatalkan yang batil (salah). Dalilnya antara lain adalah firman Allah Swt. berikut:

اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah (manusia) pada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. (QS an-Nahl [15]: 125).

Debat (al-jadal/al-jidâl) identik dengan dialog/diskusi (at-tahâwur).

Allah Swt. berfirman:

قَدْ سَمِعَ اللهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللهِ وَاللهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Allah mendengar soal jawab antara kalian berdua. (QS al-Mujadalah [58]:

Dalam ayat ini Allah menyebut debat dengan istilah tahâwur, artinya berdiskusi/berdialog. Debat pada dasarnya adalah menyampaikan hujah atau yang diduga sebagai hujah oleh dua pihak yang berbeda pendapat.

Tujuannya adalah untuk membela pendapatnya atau mazhabnya, membatalkan hujah lawannya, serta mengalihkannya pada pendapat yang tepat dan benar menurut pandangannya.

Jadi, sekiranya ada individu yang mengangap debat adalah tidak relevan dan ia adalah budaya barat, maka itu adalah satu anggapan dan kenyataan yang amat tidak berasas serta satu alasan yang tidak relevan sebenarnya.

Ini kerana dalam Islam sendiri debat amat digalakan, dan kita orang Islam sedia maklum Rasulullah saw. juga sering mendebat kaum musyrik Makkah, Nasrani Najran, dan Yahudi Madinah.

Pendakwah akan senantiasa menyerukan Islam, melakukan amar makruf nahi mungkar, dan memerangi pemikiran yang sesat (batil).

Setelah mereka menolak hudud, Adakah debat juga ditolak oleh UMNO? di tolak oleh Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional?

Takut cakap Takut. Simple lah. R3L

No comments:

Post a Comment