Wednesday, January 18, 2012

BR1M : TPM NAFIKAN, KAMI BUKTIKAN. SIAPA PEMBOHONG ?

Muhyiddin: BR1M bukan muslihat pancing undi PRU - SinarHarian
SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan proram turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.

Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol. Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.

"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.

"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.

"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. - Bernama

BR1M: Pengunjung program Muhyiddin kecewa

Harakahdaily, 18 Jan 2012
SEMPORNA, 18 Jan: Hampir 10,000 pengunjung kecewa dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dijanjikan tidak ditepati oleh kerajaan negeri.

Yang Dipertua PAS Semporna, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) mendakwa, hampir sebahagian daripada pengunjung yang hadir ke Program Pemimpin Bersama Rakyat di pekan ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang dalam perasaan yang kecewa setelah berpanas dan bersesak-sesak bagi mendapatkan bantuan BR1M tersebut.

“Mereka datang dari seluruh daerah Semporna ini bagi mendapatkan BR1M yang telah dijanjikan kerajaan.

“Namun, mereka agak kecewa kerana hanya sekitar 3,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu berperanan secara serius dan adil dalam pemberian bantuan kepada rakyat.

“Apabila janji sudah dibuat, maka peranan perlu secara serius dan adil,” katanya.

Program pemberian BR1M yang diadakan sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Pekan Semporna kelmarin turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah turut menempelak Muhyiddin kononnya BR1M tersebut tidak ada kaitan dengan politik.

“Cakap tak ada main-main politik. Tapi, ucapan-ucapannya jelas bermotifkan politik bagi meraih undi.

“Ini duit, duit rakyat yang bayar cukai. Bukan duit Umno BN. Kenapa perlu mengatakan Umno yang bagi?” ujarnya.

Sehubungan itu, Julpikar menyeru rakyat Sabah untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno BN yang ‘besar kepala’ dengan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Lihat gambar2 dibawah, apa makna ni???



Kenapa PEJABAT UMNO!?? kenapa dalam bentuk VAUCHER?? kenapa pemberian mengikut peringkat DUN???
Sumber gambar di SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment