Wednesday, January 25, 2012

BN PIKAT PENGUNDI CINA DENGAN APA SAHAJA, HALAL HARAM TAK KISAH


Pengerusi BN, Najib Razak berkata BN akan melakukan apa sahaja untuk memikat pengundi Cina supaya kembali mengundi BN pada PRU 13 nanti. 

Apa BN akan terus melakukan gerakerja TIDAK KIRA HALAL HARAM. Haram disisi Agama diLANGGAR, Halal disisi Undang-undang apatah lagi .........itulah sikap bongkak dan angkuh BN yang tidak takut kepada Tuhan dan undang-undang. 

Apa yang penting BN menang, dosa dan salah itu mereka tidak kira kerana mereka merasakan dunia ini mereka yang punya.

Tidak lama dahulu, Najib pernah berkata, BN akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun. Maknanya dia tidak kisah ....kerana baginya kuasa tuhan dan undang-undang boleh diatasi. Dosa belakang kira. Sebab itu mereka sanggup menipu, merasuah, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya, apa yang penting BN mesti menang.

Menurut Najib kerajaan bukan sahaja membela nasib orang Cina terutama yang pendapatan rendah, malah semua kaum termasuklah Melayu dan India.

“Membantu meringankan beban mereka adalah strategi kerajaan untuk menawan hati orang Cina dan pada hari raya ini dengan tahun naga, saya berharap, ia membawa rahmat kepada negara ini.

“Sama-sama kita kekalkan apa yang ada sekarang dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dan berharap tuah naga akan bersama-sama dengan kita,” katanya semalam.

Dalam hal ini kita tidak hairan jika Najib akan mengumumkan sesuatu yang diluar jangkaan menjelang pilihanraya umum akan datang hanya semata-mata untuk merasuah dan mengambil hati pengundi Cina.

Ketika diajukan soalan mengenai perancangan kerajaan mengambil alih semula Pulau Pinang daripada DAP, katanya, semua berjalan baik dan “kita telah melakukan kerja bersungguh-sungguh ke arah itu.”

Mengulas mengenai usaha Umno untuk membantu Gerakan ‘merampas’ kembali negeri itu, Najib berkata, “kita akan lakukan bersama-sama.”
“Umno tidak keseorangan dalam perkara ini,” katanya. - Mutaligat

No comments:

Post a Comment