Thursday, January 12, 2012

Bila dah jadi OKU tuduh Pas parti liberal +Video

Kata Nakhaie, Hasan dipecat kerana tidak diterima golongan liberal Pas -m'insider (klik).Dulu Nakhaie juga orang kuat Pas masa timbulnya isu kafir-mengkafir antara Pas dan Umno.Saya masa tu ingat ustaz Nakhaie akan jadi Presiden Pas tapi tak kesampaian.Punya kuat dan bencinya kepada Umno masa tu akhirnya ustaz Nakhaie sendiri terjerumus ke dalam lubang Umno.Lari masuk Umno.Apa yang Nakhaie dapat dengan masuk Umno.?Umno sikit pun tak pandang Nakhaie hanya ditempatkan di satu tempat di bucu pintu saja.

Hanya bila diperlukan saja macam isu Hasan Ali baru keluar suara ustaz Nakhaie untuk bela Hasan Ali yang juga bukan ulama tapi dipecat Pas kerana perangai tak senonoh walaupun ada PHD.Nakhaie yang kini jadi OKU (Orang Kuat Umno) kata Pas dikuasai golongan liberal.Apa yang liberalnya?Adakah menentang kerjasama Pas-Umno yang dulunya ustaz Nakhaie benci maka kini Pas dituduh dikuasai golongan liberal?

Adakah Pas dianggap tidak dikuasai golongan liberal jika berUG atau berdakap dan bermukah dengan Umno dalam gelap?Adakah Pas tidak dianggap dikuasai golongan liberal jika tidak pecat Hasan Ali yang jadi duri dalam daging kepada Pas.Yang nak sangat dulu berUG dengan Umno tu puak mana?Puak ustaz atau bukan ustaz dalam Pas?

Pas tak berubah yang berubah ialah bila ada pemimpin yang anggap hanya beliau saja yang cerdik,bongkak dan sombong pentingkan agenda sendiri bukan agenda parti.Orang macam ni memang tak layak duduk dalam Pas.Pas kalau ikut OKU dan orang macam Hasan Ali pru akan datang hanya akan berjaya kuasai Kelantan saja!

Nak tau lebih lanjut kisah OKU tengok video ni.


No comments:

Post a Comment