Wednesday, January 25, 2012

Berhujah bukan budaya barat, tapi budaya nabi..

Kata dengan ahmad maslan, berhujah bukan budaya barat, tapi budaya nabi, dia tak buka lembaran al-quran ke atau tak percaya akan al-quran? Bila tak mampu berhujah akhirnya raja namrud bakar nabi ibrahim seperti Anwar Ibrahim difitnah dan diburukkan peribadinya di media UMNO sendiri tanpa boleh membalas walau sedikitpun. Ustaz umno (ILMU) tak ajar ke semua ni, jangan kemudian keluar fatwa berhujah bukan amalan salafus soleh sudah la! hai la perut perut - IAR
KISAH NAMRUD YANG TAK MAMPU BERHUJAH.

Mereka berkata, “Siapakah yang melakukan (perbuatan) ini terhadap tuhan-tuhan kami? Sungguh, dia termasuk orang yang zalim”.

Mereka (yang lain) berkata, “Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela (berhala-hala ini), namanya Ibrahim”.

Mereka berkata, “(Kalau demikian) bawalah dia dengan diperlihatkan kepada orang banyak agar mereka menyaksikan,” (surah al-Anbiya’ 21:59-61)

Mereka bertanya, “Apakah engkau yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?

Dia (Ibrahim) menjawab, “Sebenarnya (patung) besar itu yang melakukannya, maka tanyalahkanlah kepada mereka jika mereka dapat berbicara,”

Maka mereka kembali kepada kesedaran mereka dan berkata, “Sesunguhnya kamulah yang menzalimi (diri sendiri)”.

Kemudian mereka menundukan kepala (lalu berkata), “Engkau (Ibrahim) pasti tahu bahawa (berhala-berhala) itu tidak dapat berbicara”

Dia (Ibrahim) berkata, “Mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit pun, dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kamu? (surah al-Anbiya’ 21:62-66)

Mereka berkata, “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak berbuat” (surah al-Anbiya’ 21:68)

No comments:

Post a Comment