Tuesday, January 24, 2012

Berahim ali : Surat khabar "SPIN" berita..+Video

PERKASA DAN 11 NGO WAKIL RAKYAT DENGAR PENJELASAN NFC.

11 NGO termasuk PERKASA di jemput ke taklimat dan sesi soal jawap bersama Datuk Salleh pengerusi NFC tentang penyelewengan dana kerajaan RM250 Juta.

Ibrahim Ali dan NGO lain membuat telah membuat bedah siasat.

Ibrahim Ali dan NGO Berpuas hati dengan penjelasan dengan isu NFC ini, di atas penerangan Datuk Salleh, NFC seperti duburuk burukan oleh pihak yang tidak bertangung jawap.

"Kenapa datuk salleh tidak jelaskan isu NFC ini kepada pihak Media tetapi sebaliknya kepada NGO termasuk PERKASA."? Tanya seorang Wartawan kepada Ibrahim

Jawap Ibrahim Ali, " Ini kerana, Media contoh surat khbar lebih kepada nak spin berita, untuk jual kepada masyarakat. Sama macam blogger, ia pemikiran seorang individu. Just nak tunjuka teror, biarlah orang lain mampus pun, janji aku teror" kata ibrahim ali lagi.

Macam tu sekali Ibrahim Ali pandang Blogger? Kah Kah Kah. Itu adalah blogger yang tidak bertangung jawap, tak fikir soal dan isu menjadikan masyarkat yang berfikiran positive dan berkembang.

Oleh kerana demikian, really3line selaku blogger juga ingin membuat rumusan peribadi terhadap pertemuan Ibrahim Ali yang mewakili PERKASA bersama 11 NGO lain bertemu dengan Wakil NFC Datuk Salleh.

Rumusan dari Really3Line.

Wartawan tu terlupa nak tanya kepada Ibrahim Ali, apa beza jawapan peribadi ibrahim ali dengan Utusan Malaysia?

Ibrahim ali dan 11 NGO lain ni takde pendirian, tak berani dan takut untuk dedahkan apa yang mereka fikir mengunakan akal dan rasa hati mereka.

Apa guna panggil 12 NGO untuk dengar Isu NFC ini kalau sekadar untuk dengar, untuk jelaskan apa kepada mereka? adakah duit dana RM250 Juta itu adalah duit 12 NGO ini? kan itu duit rakyat Malaysia, duit anda duit saya, bukan duit ibrahim ali dan 11 Ngo ni.
Kalau sekadar untuk beri penjelasan buat penjelasan umum, buat sidang media terbuka, kenapa jemput 12 NGO ni sahaja? Adakah 12 NGO ini termasuk PERKASA lebih mudah untuk dipengaruhi dan mudah untuk pengaruh mereka agar berpaling arah?
Ibrahim ali yang mewakili PERKASA juga perlu revise balik tentang isu ini, kerana dari awal PERKASA telah bersama NFC keluarga shahrizat ini, cuma apabila isu ini menjadi lebih besar, Ibrahim Ali PERKASA cakap mereka sokong aset NFC dibekukan, [BERITA PENUH] dan kini Ibrahim Ali sekali lagi muncul setelah pertemuan bersama Datuk Salleh, dengan kenyataan Ketua Audit Negara lemah? NFC mangsa? Kerajaan Salah?

Ini yang Ibrahim Ali cakap dia ada intergriti? ada lagi ke intergriti kalau dah macam ni?
ISU LEMBU KONDO - NFC JEMPUT NGO, MENGAPA RAFIZI DAN JINGGA 13 TIDAK DIJEMPUT?

MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng. Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan.

Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih. Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR. Soalnya, siapa dedah tak penting. Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan. Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah? Mengapa Ketua Audit Negara tegur? Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah?

Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut? Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13? Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC? Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'.

Rakyat tidak bodoh untuk menilai seperti Ibrahim Ali buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular