Saturday, January 7, 2012

901 : Waktu Mesyuarat Tanpa Syarat. Selepas Mesyuarat Ada Syarat? +Video


Azmin Ali kata Polis takde letak apa apa syarat pun untuk kempen 901, tapi kenape tiba tiba ada pula syarat yang dikenakan pada kempen 901 ni?

Polis terlupa nak bagi tahu kot…

Tak kan lah Polis boleh terlupa nak bagi tahu, bukan ke Polis Malaysia terkenal dengan sifat Mesra, Cepat Dan Betul, ini dah bercanggah dah ni…

Mungkin masa meeting tu Polis rasa tak perlu lah letak syarat, tapi hanya untuk berjaga jaga mereka letakan syarat, sekadar untuk berjaga jaga dan bersedia menghadapi dugaan yang mendatang kot…

Hm… Mungkin jugak… atau selepas meeting tu, ada pula 'Orang Atasan' Yang suruh letak syarat?

Tak pasti pulak, tak baik tuduh tuduh, cukup baik dah Polis Malayis beri kerjasama dalam Kempen 901 ni… Bersyukur lah ye…


SYARAT SYARAT POLIS UNTUK HIMPUN BEBAS ANWAR 901

Syarat apa ni?

Ini adalah syarat syarat kepada Penganjur Dan Peserta Perhimpunan yang terlibat pada kempen bebas Anwar 901 yang akan diadakan pada 9 januari 2012 ni…

Siapa pulak yang buat syarat2 ni? dan untuk apa syarat syarat ni diwujudkan eh..?

Ketua Polis Daerah Sentul yang buat dan syarat syarat ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam lah…

ok lah2, apa syarat2 Polis?

Ada 10 syarat tau…

Banyak nye… Boleh ke pastikan penganjur dan peserta yang hadir tu semua akan patuh pada syarat2 ni semua?

Ce dengar dulu apa syarat2 Polis ni ok? lepas tu nilai sendiri praktikal atau tidak, ok?

baik2… apa syarat2 Polis untuk perhimpunan 901 ni?

Syarat2 nya

Yang Pertama.

Tak boleh ada risalah atau banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

Ok.. takde masalah…

Yang Ke 2.

Hanya loud hailer dan hanya 1 sahaja loud hailer yang boleh digunakan sepanjang perhimpunan.

WOW! Azmin Ali ada buat kenyataan Peserta yang bakal hadir adalah 100,000 orang, 1 hailer? masuk akal ke?

Yang ke Tiga…

Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

Orang awam tak boleh berucap? penganjur sahaja yang dibenarkan kot… hm… ok gak. bole considered lah.

Yang ke empat.

Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan 901 tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

memberi apa apa isyarat yang mengangu prosiding mahkamah tu sangat logik dan memang diperlukan… tapi untuk mengawal buat bising tu… hm…. will see je lah part yang tu…

Yang ke 5.

Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya.

Satu langkah yang baik dan bijak.. ini memang sangat dipersetujui.

Syarat yang ke enam…

Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

Owh… maknanya tempat terhad lah ni? Sape cepat dia dapat? macam mane ni?

yang ke tujuh…

Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

Ok… memang bagus jugak prosuder ni.. menjamin keselamatan awam disana nanti….

Syarat ke lapan…

Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

ok… next..

Yang ke 9…

Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

ok done…. tapi macam bahaya jugak syarat yang ke 9 ni kalau di fikrkan dengan teliti.. …

Syarat yang terakhir.. ke 10.

Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Yes.. jangan risau.. kempen anwar 901 adalah bertujuan untuk memberi sokongan dan menunjukan rasa prihatin masyrakat kepada anwar bukan nak menjahanam kan kawasan aman.


Sekian - REALLY@

Video Sidang Media Azmin Ali

No comments:

Post a Comment