Saturday, December 10, 2011

Umno lebih sayangkan MCA yang hina Islam, DAP pula jadi mangsa

Yang hina Islam sejak dulu dan kini tetapi insyaallah bukan selama lamanya ialah MCA, ialah Gerakan, dua rakan baik UMNO, bukan DAP tetapi UMNO tetap butakan mata, bebal, terus menyerang DAP.

UMNO amat mahir bagaimana MCA dan Gerakan memesongkan amalan orang melayu Islam yang tinggal dalam UMNO dengan amalan yamsengnya, dengan judinya dan dengan berpuluh puluh maksiat yang menurut rakan mereka tidak salah kerana itu semua adalah hak kebebasan yang mesti dipenuhi.

Maka rosaklah ramai ahli UMNO kerana perbuatan rakan mereka, MCA dan Gerakan. Tetapi UMNO melebelkan DAP sebagai jahat, sebagai kumpulan cina yang mahu jadikan Malaysia seperti Singapore walhal yang menjual Singapore adalah mereka sendiri.UMNO kemudian mendakwa kalau UMNO kalah pilhananraya, maka melayu akan hina kerana bagi mereka, UMNO tetap pembela agama, bangsa dan negara.Tetapi yang akan hina nanti ialah ahli dan pemimpin UMNO sendiri seperti Nazri Aziz, bukannya melayu.

MCA dan Gerakan yang perlu dihapuskan dulu oleh UMNO kalau benar mereka mahu membela agama,bangsa dan negara.MCA dan Gerakan perlu dihapuskan kerana menjadi penghalang utama kepada hudud sedangkan UMNO mesti melaksanakan hudud kalau benar benar mahu menjadi pembela agama.

MCA dan Gerakan juga penggemar judi yang melampau bagi umat Islam kerana mereka mahu semua orang Islam terlibat dengan judi malah secara terbuka ahli ahlinya mempersoalkan kenapa Islam mengharamkan judi sedangkan judi adalah hak kebebasan masing masing.

MCA dan Gerakan juga rasist kerana terlalu menekan UMNO untuk mengenyangkan kaum mereka sendiri.Bukan DAP yang rasist, walaupun UMNO cuba menayangkan wayang lama 13 mei 1969 untuk menjadi bukti dakwaan mereka.UMNO sedar yang MCA dan Gerakanlah yang rasist kerana UMNO sendiripun rasist.

UMNO cukup sedar bagaimana sejak dulu MCA dan Gerakan menghina Islam, bukan sahaja dalam kes hudud, tetapi dalam semua hal yang membabitkan ajaran dan amalan Islam, MCA dan Gerakan langsung tidak pernah tahu bagaimana nak menghormati Islam tetapi UMNO secara bebal menyerang DAP dengan berbagai bagai tuduhan yang merabang.

Sumber: Tranungkite.net

No comments:

Post a Comment