Wednesday, December 7, 2011

TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI... JAHIL!!!

TUA kutuk tak sedar diri. Itu saja yang boleh aku sebut kepada Mohd Kamal Saidin orang tua nyanyuk yang dipanggil ulamak oleh puak Umno ini. Memang dia nyanyuk kalau pun tidak sedar diri kerana jika beliau waras, mana mungkin tergamak beliau menghina Hukum Hudud di hadapan orang-orang bukan Islam?

Mohd Kamal Sadin baru-baru ini dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur, berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
Menyalak sambil menghina hukum Islam di depan orang-orang bukan Islam....

Sebenarnya apa yang dipersoalkan oleh orang tua kutuk ini tentang enakmen tersebut sama seperti yang dipersoalkan oleh Zul Kulim `lembu' di dalam Parlimen sebelum ini yang mendakwa hukum tersebut `memboleh'kan suami meliwat isteri. Persoalan tersebut telah dijawab di dalam Parlimen malahan telah diperjelaskan dengan nas dan dalil oleh Dewan Ulamak PAS melalui media. Lebih jelas lagi, telah bertahun enakmen tersebut diluluskan, sehingga kini Jabatan Agama Islam mahu pun Majlis Fatwa tidak pernah mempertikaikan enakmen berkenaan. Masakan hukum yang `sesat' di dalam enakmen Syariah boleh dibenarkan berkuatkuasa tanpa tindakan oleh Jabatan Agama Islam?

Oleh yang demikian, mengapa bengap sangat orang tua ini untuk memahami enakmen tersebut? Atau, sememangnya beliau dilahirkan untuk menyesatkan orang lain kalau pun tidak untuk menunjukkan betapa bebalnya Ulamak di dalam Umno memahami Hukum Hudud? 


Baru-baru ini, aku sendiri tengok si tua jahil ini bercakap di pentas PWTC dengan memetik beberapa ayat Al-Quran yang bacaannya pun tunggang-langgang semata-mata untuk menghentam PAS. PAS dikatakan parti ajaran sesat, tetapi si tua nyanyuk ini lupa bahawa parti anutan beliau itu telah beberapa kali `menyembah' kaki PAS untuk bersatu. Jika benar PAS itu sesat, apa kejadahnya yang Umno mahu bersatu dengan PAS? Bukankah lebih baik Umno terus bersatu dengan APCO yang `tidak sesat' itu?

Mahu marah pun ada, tetapi simpati pun ada pada orang tua seekor ini. Di dalam keadaan nyawa di hujung tanduk, gigi pun semakin jarang dengan rambut sudah memutih tetapi masih bersemangat untuk memburukkan hukum Islam di hadapan orang-orang bukan Islam. Jadi, pelik apanya jika Chua Soi Lek pemimpin MCA kaki zina itu sekarang berani menghina hukum Hudud. Elok benarlah Chua Soi Lek melantik Mohd Kamal Saidin ini menjadi Tok Guru dia./wfauzdin.blogspot.com

Baca juga di sini http://cenangau.blogspot.com/2011/12/terima-kasih-ust-kamal-saidin-ust-umno.html#ixzz1fhQsNy2U

Kenyataan berkenaan Tuduhan Isu Hudud Pas Bertentangan Dengan Hukum Allah

Oleh ILMAN

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

Contact Persons ILMAM:
Presiden: Dr Amnurraasyid Yatiban (0163332475)
Timb. Presiden: Us Mohd Asri Md Daud (0199177581)
Naib Presiden: Us Syed Abdul Kadir Aljoofre (017-7770282)
S/U Agung : Mohd Farhan Madzlan (0192103035)

No comments:

Post a Comment