Saturday, December 10, 2011

Saman: Mahu ajar atau peras rakyat?

Perkara yang dibawa oleh Adun DAP-Tras Choong Siew Onn semasa membahaskan Belanjawan 2012 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri kelmarin, adalah betul. Exco sebenarnya yang salah dan tidak memahami suasana sebenar.

Choong membawa isu sebuah syarikat pengedaran rokok dikenakan denda dan kompaun berjumlah RM13,000 atas kesalahan meletak kenderaan (mungkin di Raub agaknya).
Apa yang dibawa YB Choong itu betul. Tak ke gila saman parking sampai RM13,000? Dah takde cara lain ke untuk mengutip wang daripada rakyat?

Tetapi persoalan yang dibawa Choong itu hanya dipandang remeh oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang menasihati pesalah terbabit membayar denda itu kerana melanggar peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mohd Soffi berkata segala denda, saman dan kompaun yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan adalah sebagai pengajaran kepada pengguna untuk lebih berdisiplin.

Sebenarnya saman yang dikenakan oleh PBT bukannya untuk mengajar atau mendisiplinkan, sebaliknya betul-betul mahu memeras rakyat!

Saya mengambil contoh kalau di Temerloh ini untuk satu jam parking, kupon yang dikenakan ialah 42 sen. Tetapi kalau tidak letak kupon dendanya ialah RM10. Dan biasanya kalau dalam satu hari minima diletakkan saman PBT paling kurang dua iaitu bernilai RM20. Tempat yang dikenakan saman itu tak kira, di tempat tidak berpetak pun disaman juga.

Pernahkah pihak kerajaan atau PBT bertanya sama ada parking di Temerloh itu cukup atau pun tidak? Jawapnya tak cukup yang memaksa orang terpaksa meletak kereta merata sedangkan urusan kadang-kadang hanya beberap minit sahaja. Tetapi dasar PBT tidak mahu ambil tahu semua itu, yang mereka ghairah ialah untuk ‘mengajar dan mendidiplinkan’ saja.

PBT juga lupa, bahawa kebanyakan kereta yang kena saman parking itu ialah tuan milik premis yang menyewa dengtan PBT juga.

Inilah masalahnya!

"Sebagai wakil rakyat, anda perlu memberitahu pesalah itu dan menasihati mereka untuk membayar denda kerana sesiapa yang menggunakan ruang letak kereta perlu membayar untuk lot itu," kata Mohd Soffi ketika menjawab soalan Choong.

Tapi Soffi tak tahu agaknya, lot yang bukan tempat parkir pun kena saman. Rakyat bukan setakat kena bayar saman saja, malah rasuah dan pembaziran agensi kerajaan pun rakyat kena bayar! - PSRN

No comments:

Post a Comment