Wednesday, December 7, 2011

KITA sokong pembangkang

RABU, 07 DISEMBER 2011 KITA tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Menurut kenyataan Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim, KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat."

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.
"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi. PenangDaily

No comments:

Post a Comment