Friday, December 9, 2011

Jijik! Akhirnya kek tahi itu mereka sendiri yang makan! + Video

HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantar kek seakan "tahi manusia" ke bangunan kerajaan negeri semalam, rujuk sini [Umno Penang].
BUSUK, kontrol hensem bergambar bersama taik

Biasanya budak belum mumayiz atau orang tua nyanyuk yang suka main dengan taik ni. Dari segi paras rupa dengan kedut dan janggut putih memang sah orang-orang tua nyanyuk ni dari kumpulan United Malays No Otak.

Tambah melengkapkan sifat nyanyuk mereka, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.

Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka.
ReJaM© "Inilah yang dipanggil bangang tulen..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/jijik-akhirnya-kek-tahi-itu-mereka.html#ixzz1g3BAcYNU

Akhirnya Ghani makan sendiri najis ?
JUMAAT, 09 DISEMBER 2011
Ratusan manusia yang waras akal mengutuk perbuatan kaki pendemo pro-Umno Mohamad Ghani Abdul Jiman yang menghantar kek replika najis aka tahi manusia kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menyifatkannya satu perbuatan bahlol, haprak dan bukan menunjangi budaya Melayu.

Sesetengah daripada mereka merasa tersangat aib apabila kek berbentuk najis itu yang gagal diserahkan kepada Ketua Menteri telah dipotong untuk dimakan sendiri oleh Ghani dan rakan-rakananya.

Ghani yang telah beberapa kali mencetuskan demo terhadap kerajaan negeri kelihatan berbangga dengan juadah najisnya itu.

Beberapa pimpinan dan orang ramai menyifatkan perbuatan Ghani itu di luar tata susila Melayu dan sifat Ghani yang mengeluarkan kenyataan mempertahankan Barisan Nasional-Umno yang dengan jelas menunjukkan bahawa Ghani pro-Umno-BN.

TV3 yang merupakan media Umno juga kelihatan menyiarkannya dalam Buletin Perdananya sebagai menyokongi perbuatan Ghani berkenaan.

Masyarakat Cina di Pulau Pinang ternyata amat marah dengan tindakan tidak bertamadun oleh Ghani itu, dengan menyifatkannya melampaui batasan kemanusiaan kerana bagi orang yang berakal waras tentu tidak tergamak melakukannya. - Penang Daily

No comments:

Post a Comment