Saturday, December 10, 2011

10 TAWARAN PAS TENTANG NEGARA BERKEBAJIKAN

10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS dalam dokumen negara berkabajikan :-
1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai

6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

Satu perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dakwaan Umno bahawa kerajaan BN telah lama menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan. Mereka tidak faham bahawa negara berkebajikan adalah sebuah negara yang bukan hanya membantu rakyat tetapi yang paling penting ialah pemimpin negara mestilah beramanah, bersih, adil dan tiada penyalahgunaan kuasa serta rasuah. Inilah perkara asas yang tidak ada dalam 'Negara Berkebajikan' BN di Malaysia ini.

Ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya menjadi teras kepimpinan kerajaan BN sehingga indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Trasnparency International (TI) terus menjunam sehingga ke tangga 60. Ia merupakan sejarah paling buruk dalam pemerintahan negara, di mana di zaman Perdana Menteri sebelum ini Malaysia tidak pernah terperosok ke tangga 60. ML

No comments:

Post a Comment