Sunday, November 27, 2011

Umno ajak rakyat makan ‘duit haram’ - Angkatan Pemuda Insaf

JOHOR BAHRU 27 Nov: Tidak menghairankan sekiranya Umno mengajak rakyat makan ‘duit haram’ kerana parti itu sendiri merupakan ‘parti haram’, kata perwakilan Perlis, Wan Khazim Wan Din.

“Bila badan haram, dia tak segan untuk melakukan kerja-kerja haram. Bila badan haram, dia ajak rakyat sama makan duit haram macam dia.

“Rasuah kain pelikat, beri duit dan buat jalan raya bila dekat hari mengundi, semua itu rasuah,” katanya dalam perbahasan usul ucapan Presiden KEADILAN.

Beliau yang merupakan bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf (API) lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan Khazim, 81 sebelum ini pernah menggegarkan pentas Kongres KEADILAN.

“Saya nak tanya siapa di antara kita yang sanggup balik dan beritahu kepada orang kampung yang Umno ini adalah pertubuhan haram?’ kata Pak Wan sambil disambut perwakilan dengan berkata – ‘Sanggup!

“Mereka inilah menyusahkan semua rakyat, dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23646

No comments:

Post a Comment