Thursday, November 10, 2011

TOK PA BAKAL MB KELANTAN

Umno kini kembali memukul gendang dengan mencanangkan nama Tok Pa sebagai bakal MB Kelantan, menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Ia adalah retorik dan tonik yang dirasai terbaik untuk memancing minat rakyat Kelantan menyokong Umno-BN.

Ia mungkin sebagai memberi pilihan kepada rakyat Kelantan bagi menyaingi kepopularan MB Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lumrahnya, gendang ini akan dipalu oleh Umno-BN setiap kali pilihan raya menghampiri.

Semasa PRU12, nama Datuk Awang Adek Hussain yang dijenamakan sebagai MB negeri itu, yang telah dikuasai PAS sejak tahun 1990. Namun ia tidak memberi kesan kepada PAS.
Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak menolak kemungkinan dilantik sebagai MB Kelantan (jika Umno-BN menang) memandangkan beliau adalah Ketua Perhubungan Umno negeri itu.

Secara konvensyennya (selaku ketua Umno Negeri) di bawah distuasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetaui (kerajaan) negeri jika menang (pru).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider: "Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal.

Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'.

Mustapa dilihat kalangan Umno mendapat sokongan padu kalangan Umno di negeri Pantai Timur itu.

Ini disahkan Ketua Pembangkang Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad yang turut menggambarkan Tok Pa sebagai bakal menteri besar Kelantan dari Umno-BN. Mustapa, pernah disebut sebagai MB Kelantan pada pru 2004.

Beliau memenangi kerusi DUN Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai Kelantan. Ketika itu PAS memenangi 24 kerusi, manakala BN sebanyak 21 kerusi.

Pada Pru12, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan pula dicanang sebagai MB tetapi Umno mengalami kekalahan lebih truk dengan hanya memenangi enam kerusi. PD

No comments:

Post a Comment