Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.
Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.
Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, “Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang.”
“Setakat ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.
Tekan BN
“Justeru itu, Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen.
“Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau menambah, timbul pelbagai spekulasi negatif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota Rela dan penjawat awam selain polis dan tentera.
Katanya, Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacurkan sistem pilihan raya demi untuk terus berkuasa. -FMT
No comments:
Post a Comment