Tuesday, November 8, 2011

propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi

Portal sahkan derma 402 ekor lembu bukan guna duit Najib

ARTIKEL di MiLo SuaM sebelum ini mempersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan rujuk [derma Najib].

Bukan niat MiLo SuaM untuk menyebok dalam hal ini. Sebagai blogger, tugas utama kami ialah menjadi "watch dog" untuk memastikan masyarakat internet alert terhadap isu-isu semasa, penyelewengan dan ketirisan yang berlaku.

Dengan itu, pemimpin atasan tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Derma 402 ekor lembu bukan jumlah yang sedikit, ia melibatkan belanja RM1.2 juta, sementara Utusan melakukan propaganda seolah-olah Najib mengeluarkan duit poketnya sendiri.

Lantaran itu MiLo SuaM mempersoalkan benarkah Najib sanggup menghabiskan 4 tahun gajinya untuk menderma? Persoalan itu mendapat respon sebuah portal, mynewshub.my dan portal tersebut mengesahkan bahawa ia bukan dari poket Najib.
Mynewshub.my memaklumkan, kesemua lembu tersebut bukanlah dibeli oleh Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah hasil sumbangan pihak swasta.

Terdapat kira-kira sembilan buah syarikat dan individu terlibat dalam pembelian lembu-lembu tersebut untuk diberikan ke kawasan parlimen berkenaan.

Jadi ini sekaligus menafikan yang Najib mengeluarkan duit poketnya sebanyak RM1.2 juta untuk membeli lembu-lembu tersebut.

ReJaM© "Maka propaganda Utusan menaikan Najib terkantoi di situ..."

Bukan Najib tapi swasta yang sumbangkan 402 ekor lembu.- Rasuah ka?
Laarr..

Bukan Najib ka?

Awat berita semalam lapor najib? Awat bagi orang salah sangka? Awat nak buat persepsi seolah2 najib yang sumbangkan lembu tersebut? Tadi aku baca satu laporan berita yang menafikan artikel milosuam bahawa najib guna wang gajinya selama 4 tahun untuk beli dan sumbangkan lembu korban kepada penduduk pekan.

Bukan.

Laporan berita terbabit mengatakan bukan najib yang beli. Sebaliknya ia adalah hasil pembelian bersama yang melibatkan 9 buah syarikat swasta. Nah. Bukan aku cakap. Tapi berita tersebut yang bagitau macam tue. Maksudnya disini bukan najib yang beli tapi nama najib terpahat sebagai penyumbang. Hairan.

Kalau aku beli lembu untuk dibuat korban, aku lebih suka jika aku sendiri diketahui bahawa aku lah pembeli lembu tersebut. Jangan salah faham. Bukan nak riak. Cuma kalau memilih untuk memberitahu maka apa salahnya mengaku. Kenapa nak buat macam neh ;

Beli + sumbang lembu dan gunakan nama najib?

Najib ialah perdana menteri. 9 buah syarikat tersebut ialah pihak swasta. Adakah itu ialah lembu rasuah? Bagi rasuah pada najib dalam bentuk lembu? Dan apakah ganjaran yang pihak swasta akan dapat? Projek? Selalunya dan aku percaya ini juga apa yang orang lain percaya, syarikat swasta mementingkan nama dan imej baik syarikat masing2. Jika mereka beli + sumbang lembu, mereka akan sertakan nama syarikat mereka sebagai penaja bagi meraih persepsi baik orang ramai. Ini dinamakan strategi marketing.

Syarikat mana yang nak beli + sumbang lembu dan biarkan orang lain pula dapat nama dan persepsi yang baik? Aku sendiri, jika ada syarikat tidak akan berbuat demikian. Tahu kah anda betapa pentingnya duit dan imej yang baik buat syarikat2 swasta? Bukan materialistik tapi inilah hakikatnya. Duit memang membahagiakan. Jika duit boleh menyumbang kepada lebih banyak duit-duit maka aku tak hairan kenapa syarikat swasta neh rela najib mendapat nama.

Jangan salah faham. Aku hormat najib yang berada di mekah. Bukan aku yang dedahkan semua hal neh. Aku baca dalam laporan berita. So sebagai rakyat aku benar2 ingin tahu lalu aku bertanya. Adakah lembu2 itu ialah lembu rasuah? Mengapakah seorang perdana menteri boleh menerima tajaan pelbagai pihak swasta dan hanya nama dia sahaja yang tampil sebagai penyumbang lembu korban? Kenapa pihak swasta nak berbuat demikian? Kenapa nak sangat beria2 ambil ahti najib? Apakah ada ganjaran yang lebih baik dari ini selepas neh kelak?

Nampak semua tanda soal? Apa yang ada dalam otak aku perlu ditulis. Sebab tue korang nampak tanda soal. Dan tanda soal itu berbeza dengan kenyataan. Jadi jangan merapu cakap aku fitnah.

Berita penuh tentang lembu dibeli pihak swasta. DI SINI

No comments:

Post a Comment