Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
“SAYA bersumpah dengan nama Jesus Kristus, bahawa semua keturunan bangsa saya tidak akan mengundi BN pada PRU 13 ini kerana kerajaan BN yang selama kami sanjung tinggi telah menganiaya kami seperti binatang; sebaliknya mendewakan warga Indonesia dan Filipina yang tidak langsung berhak tinggal di Sabah,” ujar Hendry Salidoh, 20, seorang penduduk dan pemilik tanah adat di Kampung Malagatan, Tongod.
Hendry mengadu, bukan sahaja tanahnya dirampas oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd, malah beliau telah dibelasah dan dicekik lehernya oleh para pekerja syarikat tersebut, termasuk dua orang PATI yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.
“Saya sudah laporkan kes ini kepada pihak polis tetapi tiada sebarang tindakan diambil, bahkan polis bersekongkol dengan pihak Syarikat untuk ‘membunuh’ kami sekiranya kami enggan berundur dari tanah kami,” kata Hendry.
Tetapi kata Hendry, beliau tidak akan berganjak walaupun seincipun dari tanah tempat kelahirannya kerana tanah yang beliau duduki ini sudah berdekad lamanya, apatah lagi beliau adalah generasi yang ketujuh menduduki tanah tersebut.
“Kenapa kita harus mengalah dengan orang Cina keparat dari Semenanjung datang ke Sabah dan dengan begitu mudah mengusir kami? Inikah dasar kerajaan BN yang kami sokong selama ini?” tanya Hendry lagi.
Sebaliknya kata Hendry, kenapa Kerajaan BN memberikan layanan istimewa kepada orang Bugis yang menggunakan MyKad projek sedangkan Anak Jati Sabah yang bertungkus lumus memenangkan BN dikorbankan tanpa peri kemanusiaan.
TEMUBUAL....Hendry menceritakan kepada Sabahkini.Net mengenai kes beliau dibelasah oleh pekerja syarikat berkenaan.
Kata Hendry, apa gunanya UPKO, PBS dan PBRS yang hanya ikut telunjuk sahaja sehingga anak bangsa mereka terus ditindas tanpa berjaya dibantu.
“Saya bagi pihak semua penduduk di kelima-lima kampung iaitu Kampung Sogo-Sogo, Kiandungu, Malagatan, Kaliwatung dan Lumangkau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana begitu prihatin terhadap nasib kami yang bakal jadi pelarian setelah kampung kami dimusnahkan oleh Corak Nakhoda Sdn Bhd. Tidak lupa juga kepada Sabahkini.Net yang menghantar wartawan dan juru foto ke kampung ini untuk menyaksikan sendiri apa yang sudah berlaku,” ujarnya.
Kata Hendry, mereka sudah tiada lagi tempat untuk mengadu nasib mereka yang ditindas ini oleh manusia yang bertopengkan syaitan setelah SUHAKAM hanya bermain wayang dan tidak bersungguh-sungguh membela mereka.
“Lapor kepada polispun hanya membuang masa kerana polispun bersekongkol dengan Corak Nakhoda. Malahan kami turut dibelasah setengah mati oleh polis. Jadi kami tiada lagi pilihan melainkan berserah saja kepada Tuhan. Semoga mereka yang menganiaya kami ditimpa bala dan malapetaka yang amat dasyhat,” tambahnya.
WAWANCARA... Dr Jeffery sedang ditemubual Sabahkini.Net berhubung isu tanah adat yang dihadapi Anak Negeri Sabah yang tidak mempunyai tempat mengadu kerana semua pintu perundingan ditutup pihak berkuasa demi kepentingan kroni UMNO.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
PRESIDEN United Borneo Front (UBF) Datuk Dr Jeffery Kitingan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Corak Nakhoda Sdn Bhd yang tidak berhati perut dan membelakangkan batas peri kemanusiaan terhadap 480 ketua keluarga kaum Sungai di Tongod yang bakal merempat di tanah tempat tumpah darah mereka kerana bakal diusir dalam masa terdekat ini.
Dr Jeffry berkata keluasan 7,230 ekar tanah adat yang sudah diusahakan sejak turun menurun hingga ke generasi kelima dan telah ditanami dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan dan kelapa sawit; merupakan sumber pendapatan mereka sejak hampir 15 tahun, kini dengan sekelip mata sahaja dirampas oleh syarikat berkenaan dengan menyalahguna prosedur mahkamah.
“Sekiranya tindakan syarikat berkenaan mengusir sambil merobohkan rumah-rumah mereka menjadi kenyataan, di mana lagi mereka akan tinggal? 480 orang pemilik tanah ini mempunyai keluarga seramai lebih 1,000 orang akan menjadi pelarian di tempat kelahiran mereka sendiri,” jelas Dr Jeffery yang kesal kerana Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah yang telah mengetahui fenomena ini, tidak membantu untuk mempertahankan hak asasi penduduk kampung, sedangkan 80 peratus daripada mereka adalah penyokong tegar UMNO/BN.
Bercakap kepada Sabahkini.Net semasa diwawancara di hadapan lebih 600 orang penduduk di Kampung Kiandungu, Tongod selepas menyertai mereka mengadakan tunjuk perasaan secara aman bagi membantah tindakan kejam syarikat tersebut meroboh dan meradu tanah serta tanaman mereka; Jeffry mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman agar turut campurtangan bagi menyelesaikan kemelut ini jika tidak mahu kehilangan undi pada pilihan raya umum akan datang.
Kita tahu, tambah Dr Jeffery, keberanian Corak Nakhoda Sdn Bhd menghalau dan merosakan harta benda penduduk-penduduk kampung Sogo-Sogo, Kiandungu, Malagatan, Keliwatung dan Lumangkau kerana didalangi oleh pemimpin tertentu dalam Kabinet Sabah yang bersekongkol dengan Konglomerat Cina dari Semenanjung Malaysia untuk merampas hak-hak Anak Negeri Sabah.
Dari sejak pemerintahan USNO, BERJAYA dan PBS, kata Dr Jeffrey, tidak pernah berlaku kezaliman terhadap orang asal di Sabah kerana mereka mempunyai hak mengusahakan tanah adat warisan moyang mereka dengan pelbagai tanaman demi menyahut seruan kerajaan supaya meningkatkan taraf hidup mereka.
“Tetapi apabila tanaman mereka telah mengeluarkan hasil, tiba-tiba timbul pula masalah baru yang tidak diundang menggangu-gugat kehidupan mereka,” kata Dr Jeffrey yang kesal kerana ADUN dan Ahli Parlimen kawasan berkenaan mengambil sikap lepas tangan dan turut bersubahat.
Selama ini, kata Dr Jeffrey, kenapa ADUN Kuamut tidak bersungguh-sungguh membantu orang kampung untuk mendapatkan geran, sedangkan tanah-tanah mereka sudahpun diukur oleh Juru Ukur bertauliah daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur.
MENENTANG....Dr Jeffry dengan penduduk terbabit menentang habis-habisan tindakan kejam kerajaan BN menindas anak jati Sabah.
TANAMAN... Salah seorang penduduk menunjukkan tanaman kelapa sawit yang bakal diradu dalam masa dua tiga hari lagi.
“Bagaimanapun, saya sudah arahkan dan tegaskan kepada penduduk suku Sungai dan Kadazan-Dusun yang darah mereka tumpah di bumi Kuamut, Kinabatangan agar insaf dan jangan lagi mengundi calon BN kerana gagal berkhidmat untuk mereka ketika diperlukan di saat genting ini,” kata Dr Jeffrey yang kesal kerana nasib PATI di Kampung Paris, Kinabatangan seribu kali ganda lebih baik daripada Anak Negeri Sabah di Kuamut.
PATI ini kata Dr Jeffrey, bukan sahaja diberikan MyKad melalui jalan songsang, malah tanah seluas 15 ekar setiap seorang untuk menjadi Fixed Deposit kepada BN.
“Saya amat kesal dengan kejadian ini dan mungkin inilah harga yang terpaksa mereka bayar untuk mencetuskan semangat kebangkitan Semangat 1985 ketika PBS menumpaskan Kerajaan ‘Firaun’ Berjaya ketika itu,” kata Dr Jeffrey yang bersetuju agar isu kezaliman ini menjadi ‘bonus’ kepada pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan BN.
Corak Nakhoda Sdn Bhd, kata Dr Jeffrey telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Negeri Sabah dan BN seperti kata pepatah, jangan melempar batu jika anda berumah kaca.
Dr Jeffrey yakin, masih ada masa untuk menyelesaikan masalah ini jika kedua pihak mencari jalan perdamaian dan jika Ketua Menteri campurtangan memberikan tanah lain kepada Konglomerat yang bertindak kejam terhadap Anak Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment