Monday, November 21, 2011

Mydin Berbohong Menyatakan Sos Cili 1Malaysia Selamat

Dakwaan Mydin bahawa sos cili 1Malaysia yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah selamat, bercanggah dengan kepentingan sendiri kerana ujian makmal dilakukan sendiri oleh pembekalnya, kata ketua pegawai eksekutif, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), DN Ratna.

Sebelum ini, Standards Users mendakwa sos cili berkenaan dikesan mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Bagaimanapun, pengendali KR1M dalam satu kenyataan berkata: “Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan.”

"Ini antara kata-kata awak dan saya. Ia (ujian itu) harus dilakukan oleh pihak berkuasa yang mempunyai autoriti yang kompeten.

"Autoriti itu bukan saya, bukan (ahli parlimen Petaling Jaya) Tony Pua, dan juga bukan Mydin - ia sepatutnya Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti di bawah Kementerian Kesihatan,” kata Ratna ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kenyataan KR1M Rabu lalu bahawa syarikat itu tidak akan menarik balik sos cilinya kerana didakwa mematuhi peratutran yang ditetapkan.

Ujian makmal Standards Users ke atas sos cili berkenaan mendapati terdapat 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri, sedangkan, tahap yang dibenarkan adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Ratna berkata sos cili 1Malaysia itu sepatutnya ditarik balik dari pasaran sehingga disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Apabila berurusan dengan barangan pengguna, kita patut ambil langkap berjaga-jaga. Jika terdapat tanda-tanda bahawa ia tidak selamat, ia harus ditarik balik sehingga ada bukti yang mengatakan ia selamat,” katanya. -mk

No comments:

Post a Comment