Thursday, November 10, 2011

Muhyiddin tak "sedar" diri??

muhyiddin yasin muhyiddin yassinAhli Umno: Muhyiddin juga mula dipinggirkan parti
Pegawai khas kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah - Muhd Lukhman Ghani mendakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno.

Muhd Lukhman yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga kelima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya dipetik Harakahdaily.

Akhbar rasmi PAS itu juga memetik Muhd Lukhman berkata tindakan meminggirkan Muhyiddin boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro- BN sendiri.

Dua hari lalu, beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Antara mereka termasuk Razaleigh, bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan berkata Umno tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana parti itu mengamalkan prinsip demokrasi.

NONEHarakahdaily juga memetik Muhd Lukhman yang juga ahli majlis tertinggi Amanah berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua, adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Maznah Rais.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

NONE"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya dipetik portal itu lagi.

Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Razaleigh, Muhd Lukhman berkata ruang bersuara mula tertutup selepas penubuhan Umno baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang. = Mk

No comments:

Post a Comment