Thursday, November 24, 2011

Muhyiddin hanya nampak kuman di seberang laut..

 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini.

"BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Itu janji-janji Muhyiddin buat penduduk Kelantan.. janji untuk mendapatkan undi..

Jika rakyat Kelantan terpedaya maka nasib rakyat Kelantan akan sama dengan mereka-mereka yang membuat aduan mengenai permasaalahan air di tempat mereka didalam negeri-negeri jajahan UMNO/BN dibawah ini..

Aduan yang pertama ini datangnya dari negeri Johor sendiri.

September 13th, 2011

Assalamualaikum wbt

Saya merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Sri Ledang, Ledang. Saya amat berharap sekiranya pihak aduan rakyat dapat membantu peneroka felda ini mengatasi masalah bekalan air.

Setiap tahun pada musim perayaan masalah ini akan timbul. Bukan pada tahun ini sahaja, tetapi sejak generasi terdahulu lagi.

Untuk pengetahun pihak aduan rakyat, kawasan Felda ini kerap kali dikunjungi Timbalan Perdana Menteri dan berada di bawah kawasan ‘jagaan’ beliau. Namun masalah ini seperti tiada jalan penyelesaian.

Dimanakah kebenaran ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’?

Saya amat berharap pihak aduan rakyat dapat membantu kami mencari punca kenapa timbulnya masalah ini.

By: NURSUHADAH

Ini aduan dari Negeri Sembilan..

August 3rd, 2011

Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.

Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika. Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.

Itu pun keadaan masih sukar kerana guru serta pembantu tadika tersebut terpaksa mengangkut air menggunakan baldi. Mohon Aduan Rakyat menyiasat segera aduan ini.

Sekian, Terima Kasih.

By: Hamidah

Juga aduan dari Negeri Sembilan

October 20th, 2011

Saya mewakili penduduk di Felda Raja Alias 3, Bandar Baru Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Di sini saya ingin meluahkan masalah yang di hadapi oleh semua penduduk di sekitar kawasan ini. Bekalan air sering terganggu di sini sehingga berminggu-minggu dan semasa keadaan ini berlaku tiada satu bantuan pun diberi.

Saya amat terkilan dengan pihak SAINS (Jabatan Air Negeri Sembilan) jika kami hubungi pegawai bertugas selalu memberi alasan yang tidak masuk akal. Antara alsan yang sering digunakan ialah paip pecah tak masalah tersebut tak boleh selesai dalam masa 1 mggu tak kan pekerja nya tak menjalan kan tugas makan gaji buta shj ke?

Saya sudah bosan dengan masalah ini. Setiap minggu mesti gangguan bekalan air akan berlaku. tak kan tiap2 minggu paip pecah. Jika kami tak bayar bil bekalan di potong tapi wajar kah perkhidmatan sebegini yang kami terima. Saya berharap sgt pihak aduan rakyat turun dan siasat di mana silap nya masalah ini.Jika berlaku hal ini kami tak mandi, tak masak paling susah jika ada anak kecil

By: siti

Ini pula dari Sarawak..

September 13th, 2011

Kami penduduk kampung Daun Singgai, Jln Bung Gadung, 94000 Bau Sarawak selalu mengalami gangguan bekalan air.

Komplen telah dibuat kepada JKR BAU, TALIKHIDMAT, PEJABAT DAERAH BAU dan KPDNKK kuching tetapi masih tiada tindakan dilakukan untuk mengatasi masalah ini sejak komplen pertama saya yang dibuat pada tahun 2009.

Pekerja JKR memberi alasan: “ramai orang guna air sebab itu tiada air”.Alasan yang sama setiap kali buat komplen.

Setiap bulan kami membayar bil air tetapi isi kandungan tiada (air). Wakil rakyat pun entah kemana? wakil rakyat hanya tunjuk muka sekiranya ada pilihanraya.

Bumiputra di semananjung selalu dibela kenapa di Sarawak bumiputra diabaikan?

By: FRANCIS MICHAEL

Dan yang ini pula dari Sabah..

October 7th, 2011

Salam Sejahtera

Sesungguhnya saya merasa amat kecewa dengan masalah pembekalan air di Kawasan Sundar – Lawas yang sudah bertahun-tahun tidak pernah selesai. Masalah ini sebenarnya sudah lama berlaku dan tidak pernah diselesaikan.

Tekanan air yang sangat rendah dan kadang tidak ada bekalan air langsung selama berhari-hari, sehinggakan penduduk kampung terpaksa menggunakan air tadahan hujan dan air sungai untuk keperluan harian. Ada juga yang terpaksa bangun seawal 3am untuk menadah air paip kerana pada siang hari nya,tekanan air sangat rendah dan kadang-kadang langsung tidak ada.

Malangya, walaupun bekalan air yang langsung tidak mencukupi ini, penduduk kampung terpaksa membayar bil air seperti sediakala dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk kampung.

Saya berharap pihak-pihak tertentu & juga kerajaan dapat mengambil perhatian dan langkah yang wajar untuk mengatasi masalah ini.

Sekian.

By: Jenny Layun

Banyak lagi aduan yang telah dibiarkan begitu saja oleh Kerajaan UMNO/BN di ( SINI)

Jadi… kesimpulannya disini ialah.. Muhyiddin hanya nampak kuman diseberang laut.. Kredit : ASD

No comments:

Post a Comment