Thursday, November 3, 2011

Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Agama?

Hebat negaraku kini… Program berbentuk maksiat tiada siapa yang menghalang.. tapi Program yang menjurus kepada Islam dihalang dengan berbagai alasan..Bob Lokman kini sedang diburu oleh JAIS untuk ditangkap kerana kesalahannya mengajar agama tanpa tauliah.


Dulu semasa beliau sering terlibat dengan program-program maksiat yang menjauhkan orang dari mengingati Allah dengan lirik dan muzik yang melalaikan. Beliau tidak pernah diburu atau ditangkap.Tetapi kini selepas beliau insaf dan mula berjinak-jinak dengan program agama dengan memberi peringatan dan berkongsi sedikit ilmu yang ada beliau diburu dan mahu ditangkap.

Anehnya bukan musuh Islam atau orang yang membenci Islam mahu menangkap beliau tetapi pihak berkuasa agama sendiri yang ingin berbuat demikian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)Tetapi kemana menghilang pihak berkuasa dari Jabatan Agama bila ‘Miss Transgender Malaysia 2011’ ini diadakan?
PT FoundationDengan bertemakan ‘1 Malaysia Night’ Majlis ‘Fashion & Sense Gala Dinner’ telah diadakan di Ballroom Hotel Grand Season Kuala Lumpur pada Oktober lalu.Majlis ini telah dianjurkan oleh PT Foundation’s Transgender Programmed an Mila Entertainment.

Acara atau Majlis ini dinamakan sebagai ‘Fashion and Sense’ tetapi disebalik nama tersebut adalah pertandingan ‘Miss Transgender Malaysia 2011’ atau Ratu Pondan Malaysia 2011.Tujuannya baca di bawah..
 
Peserta-peserta ini mewakili 14 buah negeri di dalam Malaysia (jangan jatuh cinta ya..)..
Miss? Melaka
 
Miss? Melaka juga
Miss? Perak
Miss? Perlis
Miss? Sabah
Miss? Terengganu
Miss? Terengganu juga..
Miss? Wilayah Persekutuan
Miss? Penang
Miss? Selangor
Miss? Selangor
Miss? Perak
And the winner is Miss? Kelantan..Menurut peruntukan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia pula, kesemua negeri mempunyai memperuntukkan berkenaan kesalahan ‘orang lelaki belagak seperti perempuan’ . 

Namun begitu bagi sesetengah negeri menggunakan istilah ‘pondan’ bagi merujuk kepada mereka yang dikategorikan di bawah kesalahan ini contohnya Perlis, Kedah dan Kelantan [Lihat Sek. 7 Enakmen Kesalahan Dalam Syarak Perlis 1991; sek.7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1985.]. Seksyen 28 AKJS (WP) 1997 misalnya memperuntukkan :

“Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

”Hanya negeri Sabah yang mempunyai peruntukan berkenaan kesalahan ini. Diletakkan di bawah kesalahan ‘lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya’ seksyen 92, EKJS Sabah 1995 menyebut :

“Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.”

Lagi gambar sila lihat di SINI Artikel berkaitan sila baca di SINI

Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment