Monday, November 21, 2011

Main Bola Atau Pergi Perang?

Harimau Muda Naik Barracuda
PASUKAN bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA Ke-26, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.

“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya dipetik Bernama.

Ini adalah antara taktik awal PSSI untuk melemahkan mental pasukan Malaysia. Tindakan ini adalah provokasi awal bagi mewujudkan perasaan takut di kalangan pemain mengenai keselamatan mereka, dan menghilangkan fokus mereka untuk memenangi perlawanan.

Seorang penyokong skuad Malaysia, Azriq Hakimi yang ke Stadium Gelora Bung Karno pada peringkat perlawanan kumpulan A, menafikan wujud ancaman sebaliknya menegaskan penyokong Indonesia turut mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam ini waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.

“Kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara,” katanya.

No comments:

Post a Comment