Tuesday, November 1, 2011

Lembu feedlot:'Jual kandang pun tak pa bukan duit sendiri tapi duit rakyat'

Mari kita baca apa kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang bebal , bela keluarga Shahrizat Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat yang dapat tender projek lembu feedlot yang dilaporkan berlaku penyelewengan RM250 juta dalam laporan audit negara 2010.Kata Noh Omar "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.
Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.-Malaysiakini Projek feedlot RM 73 juta diakui milik keluarga Shahrizat.

Ya meniaga tak salah tapi bukan laki kepada Shahrizat boleh dapatka projek tu.Dah dapat pelingkup pula wang rakyat.Nak lingkup ..lingkuplah janji duit dapat.Jual kandang pun tak pa meniaga duit rakyat bukan duit sendiri.Berani SPRM siasat sampai jatuh-jatuh bangunan kes lembu feedlot ni?Pi la siasat kalau berani!

Noh Omar cakap dalam bahasa yang bebal , ingat senang rakyat nak percaya cakap -cakap bodoh macam lembu ni .MISAIMERAH

No comments:

Post a Comment