Wednesday, November 16, 2011

Kontroversi Fidlot ulangi skandal PKFZ?

NONEAnggota parlimen pembangkang hari ini menimbulkan persoalan sama ada menteri terbabit "menipu" kabinet dalam pemberian projek lembu RM250 juta kepada syarikat yang didakwa tidak berpengalaman seperti Perbadanan Fidlod Kebangsaan (NFC).

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau bimbang kontroversi sekitar NFC boleh mengulangi kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFC) yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Apabila NFC dianugerahkan projek itu pada 2008, kabinet diketuai bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan projek itu bawah seliaan menteri pertanian pada masa itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, Muhyiddin dan Abdullah mesti menjelaskan kenapa projek itu diberikan kepadda NFC sedangkan ia tiada pengalaman, kata Mahfuz.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan bulan lalu, projek ternakan lembu itu berada dalam keadaan yang tidak teratur.

NONEAntara yang didedahkan, jumlah lembu yang berjaya diternak pada 2010 adalah hanya 3,289 ekor atau 41.1 peratus daripada sasarannya.

NFC ditubuhkan tiga tahun lalu dengan tujuan mentranformasikan industri penternakan lembu dan daging bagi memenuhi keperluan negara pada kadar sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang akhir tahun lalu. MKini

No comments:

Post a Comment