Wednesday, November 2, 2011

Harga Minyak Dan Barang Keperluan dijangka naik lagi


Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis
KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.

“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.

Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.

Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.

Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.

“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.

“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi. TMI

Ulasan GB

Sebenarnya kita sudah dapat membaca... kenyataan Idris Jala tersebut adalah justifikasi kerajaan Najib untuk melakukan "penyelarasan subsidi" sekali lagi - dalam erti kata menarik subsidi daripada beberapa barang keperluan dan sekali gus bererti kenaikan harga bagi barangan tersebut.

Beliau menggunakan alasan bahawa negara mungkin bankrap jika negara terus memberikan subsidi... ke atas barangan keperluan.

GB ingin tegaskan kepada Idris Jala yang telah membutakan matanya mengenai Laporan Audit 2010 bahawa: kebankrapan negara BUKAN disebabkan oleh subsidi tetapi adalah disebakan oleh ketirisan, rasuah, pembaziran, ketidak-cekapan, ketidak-berkesanan yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib kini.

Justeru itu jangan jadikan alasan pemberian subsidi sebagai sebab negara jadi bankrap. Tetapi adalah diakibat dari faktor-faktor kerajaan BN sendiri yang projek NKRAnya hanya mitos dan gimik yang sedap didengar tetapi hampas belaka.

Buka lembaran Laporan Audit 2010 itu dan perbaiki segala kepincangan yang didedahkan. Ambil tindakan segera ke atas pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan yang inefficient dan uneffective terutama yang melakukan korupsi.

Sekiranya itu tidak dilakukan, tunggu sehingga hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya: BN should get out from Putrajaya! - GB

RM15.9 BILION HANGUS UNTUK SUBSIDI MINYAK
KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk subsidi petrol dan diesel tahun ini bagi memastikan harganya terkawal dan tidak membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata perbelanjaan sebenar subsidi petrol dan diesel tahun lalu adalah sebanyak RM9.6 bilion.

Beliau menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang ingin tahu mengenai jumlah sebenar subsidi petrol dan diesel yang ditanggung kerajaan.

Lim berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat namun dalam masa yang sama aspek kemampuan kewangan kerajaan untuk tanggungan subsidi juga perlu diberi perhatian.

"Justeru, pemberian subsidi perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar pemberian subsidi dapat disalurkan secara tepat kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya," katanya.

Beliau berkata, penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel di mana apabila subsidi dikurangkan sebanyak RM0.05 seliter dua kali tahun lalu dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi lebih RM1.7 bilion. (BERNAMA) 

No comments:

Post a Comment