Monday, November 14, 2011

Hantu pun Naik Serabut!

Wa rasa serabut melihat lambakan filem2 hantu yang lahir kat Malaysia ni..sejak negara Korea dan Jepun memulakan revolusi cerita seram sejak itulah ramai pengarah2 filem di Malaysia sibuk juga nak direct filem seram..bermula dari kisah si hantu usik orang balik masjid waktu malam..ada filem hantu jadi pak lawak..hantu yang berwajah cun seperti Maya Karin..hehehe..sehinggalah ada sebuah filem yang mengisahkan kisah percintaan manusia dengan hantu..


Bila ditanya kepada pengarah alasan yang biasa diberi ialah untuk mendidik para penonton dan untuk membuktikan pengarah Malaysia juga setaraf dengan pengarah filem di luar..come on lah bro..!!! korang ingat penonton yang masuk panggung wayang tu dah set minda diaorang awal2 ke dari rumah nak tengok filem dengan niat untuk mendidik jiwa dan sanubari..???

Baru2 ni isu kalimah syahadah yang diucapkan oleh Zizan dalm filem Hantu Bonceng..maka, Pemuda PAS Pusat pun dengan bergayanya pergi berjumpa dengan Zizan dan lepas tu keluarkan statement isu ni setle..wa pun dengan rasa berat hati tengoklah filem tu sendiri untuk mendapatkan kepastian..apa yang wa lihat dalam filem tu bukan setakat isu kalimah syahadah je dimainkan tetapi banyak lagi unsur2 terpesong yang ditunjukkan dalam filem tu..

- Scene Zizan dengan member dia insaf sambil nangis2 depan imam masjid sebab menyesal dengan perbuatan diorang...dah insaf punya insaf lepas tu apa yang Zizan buat..? pergi dating pegang2 tangan awek..insaf ke tu..???

- Watak "Perempuan Anak Tok Imam" adalah watak yang paling teruk sekali memperbodohkan orang melayu..ada waktu dia bertudung dan ada waktu dia tak bertudung..ada satu scene perempuan tu mengaku "Saya kuat pegangan agama" tapi waktu yang sama rambut dia terdedah dengan baju ketat menampakkan tubuh..so..??

- Zizan selepas mendapat hidayah mulut dengan pantas mengucapkan Syukur Alhamdulillah..tetapi perkara pertama yang dia buat bila dia nak tolong adik kepada "Hantu Bonceng" adalah, ajak gadis itu duduk sekali dengan dia..apa ni..?????

- Itu belum dikira lagi mesej-mesej halus yang cuba mempermainkan imej orang Tabligh atau sunnah Nabi yang jadi bahan lawak member si Zizan tu..

Banyak lagi yang wa boleh ulas tentang filem2 hantu lain tapi rasa menyampah sakit hati plak..OK,mungkin ada yang akan cakap..rilek lah bro Rock Halal..jangan ambil serius isu2 ni..pada wa ianya serius!!!! kerana melibatkan maruah agama dan bangsa wa..korang tak malu ke bila ada masyarakat luar yang akan mentafsir budaya dan cara hidup kita adalah sama seperti dalam filem2 tu..?? pihak FINAS pula pernah buat slogan masa dulu iaitu.."Filem Kita Wajah Kita" sila campak jauh slogan seperti itu kerana pada wa filem kita banyak memperbodohkan masyarakat..!!

David Teo dan Ahmad Idham..sila duduk termenung dan tolong fikirkan..

Ahmad Idham sudah pun mengarah lebih 20 filem (23 tak silap wa) Steven Spielberg pula dari dulu sehingga sekarang baru sahaja mengarah 36 buah filem.. dengan jumlah yang sedia ada...Ahmad Idham mungkin akan menghasilkan lebih banyak filem berbanding Steven Spielberg..jika berterusan dengan cara seperti ini, pada wa ianya adalah satu perkara yang menakutkan..sungguh..!!

No comments:

Post a Comment