Thursday, November 3, 2011

Cari Kerja Lain?.. Sepatutnya Muhyiddin bukan Mahasiswa UPSI.

Sebelum itu... Ada sumber mengatakan perkara sebegini berlaku adalah disebabkan oleh masaalah kewangan yang kini dihadapi oleh Kerajaan Barisan Nasional, sebenarnya bukan saja jawatan Guru yang dibekukan malah jawatan untuk jawatan lain dalam kerajaan juga dibekukan.

Itulah sebabnya jawatan Guru hanya ditawarkan kepada guru sandaran tidak terlatih (GSTT), ini kerana mereka ditawarkan dengan jawatan yang berstatus sementara sahaja sehinga tempoh yang ditetapkan.

Apabila tamat tempoh, perkhidmatan mereka akan ditamatkan jika jawatan ini ditawarkan kepada graduan dari Universiti, kerajaan perlu menawarkan jawatan secara tetap.

Oleh kerana kewangan Negara semakin parah kerajaan yang dikuasai oleh UMNO/BN sudah tidak mampu lagi untuk membayar gaji atau menerima kakitangan yang baru..

Bukti semakin jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang tidak berhemah dalam mengawal perbelanjaan dan kewangan Negara ditambah pula dengan salah laku dalam pengurusan kewangan Negara yang kelihatan dari Laporan Ketua Audit Negara 2011..

Jadi.. Ubah sebelum Parah!! - ASD

******************

Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan

Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment