Thursday, November 3, 2011

Bloger Umno mahu Saifuddin kalah di Parlimen Temerloh

Dalam Umno, jika seseorang pemimpin itu bodoh sombong, lurus bendul dan berkeras menyokong apa saja yang disumbatkan oleh media mereka, maka dia akan disanjung tinggi dan dipuja sebagai hero.

Akan tetapi jika yang agak cerdik sikit dan berani bersuara berbeza pandangan daripada arus perdana Umno, maka orang itu akan dikutuk supaya malu, dilaknat dan akhirnya disumpah supaya jatuh sejatuh-jatuhnya.

Kenyataan ini dibuktikan dengan pendirian yang diambil oleh Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ahli MKT Umno dan merupakan seorang Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah yang baru-baru ini berkata benar berdasarkan ilmunya.

Kenyataan tokoh muda Umno itu adalah berkaitan isu Dr Aziz Bari. Namun seorang bloger Umno iaitu tuan punya blog wzwh.blogspot.com begitu marah sehingga ‘mendoakan’ Saifuddin kalah dalam pilihan raya nanti.

Jika tidak silap, WZWH ini ialah keturunan ‘Wan-Wan’ Ulu Tembeling dan orang kuat Adun Tahan Wan Amizan. Kira-kiranya kalau di sebelah ulu sana, Wan-Wan ini dianggap oleh rakyat sana sebagi kerabat raja.

Di bawah ini diperturunkan artikel yang saya anggap sesuai dengan pemikiran orang Ulu Tembeling tetapi tidak bagi warga Temerloh itu:


Nyahkan Aziz Bari Dari UIA, Sepenggalkan Saifuddin Abdullah Parlimen Temerloh

Setakat buat buku falsafah politik baru tapi tidak turun padang jaga politik Temerloh belum tentu Saifuddin Abdullah boleh menang parlimen Temerloh PRU 13 nanti...ekekekekekekeke..

Blog Celah Gelegar mengulas samada Isu Aziz Bari : Kenyataan Saifuddin, Pendirian Kementerian atau Peribadi?

Saifuddin sentiasa bercanggah dengan pandangan bosnya Khaled, Menteri Pengajian Tinggi terutama dalam hal-hal berkaitan kebebasan akademik dan perhimpunan haram.

Beliau sepatutnya menyatakan dengan lebih jelas kepada media sama ada kenyataan yang dikeluarkan adalah pandangan peribadi atau pandangan Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia akan menyebabkan rakyat keliru apakah pendirian Kementerian yang sebenar.

Saifuddin menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. Mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

UMNO tidak perlu pemimpin yang apologetik, lemah, terlalu mengikut kehendak pembangkang. Saifuddin Abdullah perlu disepenggalkan di Parlimen Temerfloh.

Orang-orang politik Pahang cakap Saifuddin ini ahli politik falsafah. Dia suka baca buku-buku falsafah tapi tidak tahu hendak aplikasi falsafah kepada realiti politik.

Di parlimen Temerloh dia pun tidak jaga kawasan. Tidak selalu turun padang sebab dia menyerah sepenuh tanggungjawab kepada Ketua Bahagian UMNO Temerloh Mohd Sharkar.

Feedback dari orang Temerloh yang WZWH dapat kalau Saifuddin bertanding parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti dia akan kalah kerana tidak servis kepada rakyat Temerloh.

Saifuddin suka cakap falsafah manalah orang Temerloh yang selalu cakap koi koi koi hendak faham!

Kenapa Aziz Bari perlu dinyah dari UIA? Sebab Aziz Bari menyanggah Sultan Selangor isu DUMC kristianisasi, menyanggah Sultan Perak isu krisis politik Perak dan sememangnya Aziz Bari anti UMNO sila klik sini.

Malang sungguh Saifuddin Abdullah kerana dia lupa Canselor UIA tempat Aziz Bari menoreh getah itu ialah Tuanku Sultan Pahang hehehe....PSRN

No comments:

Post a Comment