BANTING - Kerajaan berusaha melindungi tanah hak milik Orang Asli daripada dicerobohi kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, langkah mewartakan tanah milik Orang Asli akan dilaksanakan menerusi pindaan Akta Orang Asli 1954 serta dirunding dengan Kerajaan Negeri.
“Perak dan Negeri Sembilan antara negeri yang telah selesai mewartakan kawasan yang bakal termaktub dalam pindaan akta itu.
“Kita mesti buat survey (ukur) dan kita mesti gazetkan tanah-tanah ini, supaya harta Orang Asli dapat dilindungi, dipertahankan,” katanya semasa melakukan lawatan kerja dalam Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan 3 di Perkampungan Orang Asli, semalam.
Najib berkata, penswastaan milikan tanah yang diwartakan akan diperketat bagi mengelak berlakunya pencerobohan tanah Orang Asli dilakukan.
“Perbincangan bersama kumpulan atau persatuan yang terlibat di seluruh negara akan diadakan supaya pembelaan terhadap masyarakat Orang Asli dapat dipenuhi,” katanya.
Ditanya sama ada masalah pencerobohan tanah Orang Asli serius, beliau berkata, bukan satu masalah serius, tetapi tanah demikian perlu dilindungi. SH
300 Orang Asli bantah depan SUK NS
SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.
Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.
Jurucakap ‘Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan’ (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.
“Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.
“Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.
Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia”, kata Ezuli.
Tanah adat
Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.
“Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.
“Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.
“Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.
“Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu,” jelas Ezuli.
Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.
Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal. Free Malaysia Today
BN PUKUL GENDANG KOSONG?
SAYA Ingin merujuk kepada penafian Ahli Parlimen Malaysia (Kota Belud), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkaitan isu tanah di Kota Belud melalui artikel‘Tiada Rampasan Tanah Di Kota Belud’ di Sabahkini.net
Pemimpin UMNO mencanang slogan yang mengasyikkan ke seluruh pelusuk bumi, "Kita mestilah bersikap 'Proaktif', 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Nah sekarang, apakah bukan bukti jelas bahawa apa yang mereka canangkan itu hanya sekadar 'gendang kosong' yang bertujuan menghayal serta mengalpakan rakyat supaya melihat wajah-wajah pemimpin UMNO yang hipokrit; sebagai manusia yang jujur dan benar-benar berjuang untuk mempertahankan tanah pusaka milik nenek moyang kita yang kita telah warisi dan diami sejak terciptanya alam buana ini.
Apa itu Proaktif? Proaktif itu ialah tindakan selangkah ke hadapan. Ertinya, isu tanah di Kota Belud ini bukan lagi isu NCR atau isu tiadanya tuntutan hak asasi. Tetapi isu pokoknya ialah di mana sebenarnya letak tanggungjawab dan amanah yang dibebankan ke atas wakil rakyat yang sewajibnya menyantuni masyarakat dan penduduk kampung dengan ilmu pengetahuan.
Apakah bukan menjadi tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wakil rakyat supaya masyarakat dan penduduk kampung dimaklumkan dan dibimbing dengan sebaiknya supaya mereka menjadi pemilik yang selayaknya ke atas tanah-tanah tersebut?
Inilah sikap Proaktif yang pemimpin UMNO asyik laungkan tetapi sekadar menjadi ucapan yang berbuih di mulut. Kenapa wakli rakyat Kota Belud mesti agung-agungkan pelabur asing; konon untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Kota Belud? Berapa peratus atau berapa banyak wang yang sudah masuk ke kocek mereka, sehingga boleh tambah sebuah lagi Ninja King atau Mercedez yang tercanggih di pasaran kini? Tambah dua atau tiga isteri lagi tidak usah cakaplah; Itu memang sudah menjadi rutin dalam diari kehidupan seorang Ahli Yang Berhormat UMNO.
Siapa kata saya menentang pembangunan atau usaha untuk melonjakkan ekonomi sesebuah daerah atau Negeri? Persoalannya, apakah raakyat mesti menjadi mangsa di atas kerakusan untuk kononnya merancakkan ekonomi walhal yang mendapat faedah dari semua ini ialah wakil rakyat dan mereka yang bergelar Menteri!
Rakyat dapat apa? Rakyat hanya sekadar jadi kuli dan menjadi penonton ke atas pembangunan yang telah menafikan hak mereka untuk memilik tanah. Kenapa wakil rakyat tidak bersikap proaktif dengan mengajak masyarakat dan penduduk Kg Rampayan Ulu dan sekitarnya untuk melaksanakan projek pertanian yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka, sekaligus menjadikan mereka pemilik keatas tanah yang telah mereka diami dan warisi sejak turun temurun?
Pemimpin UMNO juga yang canangkan slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan.' Inilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka adalah golongan pembohong yang kabur mata bila dibuai dengan ganjaran dari tauke-tauke kroni sehingga sanggup menggadaikan tanah penduduk kampung.
PS... Mempertahankan dari apa benda entah.. Mempertahankan seolah-olah ianya milik UMNO sehingakan pemilik asal kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.. ASD
No comments:
Post a Comment