Wednesday, November 16, 2011

Barisan Nasional PRU 13 tiada undi Guru

Tiba-tiba timbalan menteri pendidikan nak suruh para guru kerja 9 jam sehari. Kemudian satu surakhabar pecacai umno dimuka depan tajuk utama “Guru Jangan Panik”.

Tak payahlah main wayang, rakyat sudah masak dengan perang saraf lapok Umno / Barisan Nasional. 

Tunggu dua atau tiga minggu lagi semua bahagian Umno akan dikerah adakan himpunan ribuan para guru, dengan kehadiran penuh media pencacai Umno / Barisan Nasional. Dalam perhimpunan itu Haji Najb akan umum, “ Dengan semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan maka saya Haji Najib yang baru selesai menunaikan ibadat haji mengumumkan penangguhan cadangan kerja 9 jam sehingga mendapat pandangan semua peringkat guru”.

Maka selepas dari ucapan Haji Najib, akan ditemubual para guru yang pro umno antara ucapan yang akan disiar oleh media antaranya “baguihla Hj Najib, prihatin nasib guru” “ itu temubual standard yang akan dipaparkan melalui semua media talibarut Barisan Nasional.
Umno Barisan Nasional dilihat sudah kehabisan idea untuk mempertahan putrajaya dalam PRU13 sehingga golongan profesional pun dimain-mainkan.

Tindak tanduk Pemimpin Umno Barisan Nasional untuk mendapat undi dilihat semaki merapu. Cadangan untuk guru berkerja 9 jam, adalah sandiwara semasa untuk mengalih segala isu penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi Umno, termasuk RM 30 juta yang diseleweng oleh kementerian Pendidikan.

Menimbulkan suasana keresahan para guru, kemudian tampil untuk menenangkannya adalah antara contoh strategi perang saraf Umno Barisan nasional bagi meraih undi warga pendidik.

Umno Barisan Nasional berani melakukan sedemikian terhadap para guru kerana masih ada beberapa kerat golongan guru yang boleh dicucuk hidung.

Para guru yang kini dibebani oleh kerja-kerja pekeranian, apa yang kerajaan 1Malaysia fikir untuk meringankan beban para guru, masalah disiplin pelajar, guru-guru jadi mangsa. Sehingga guru yang dibelasah pelajar, guru juga yang salah.

Para guru dimartabatkan hanya melalui slogan dan ucapan saja, itu pun bila tiba hari guru, apa yang dilakukan hanya mencari keuntungan politik.

Program ko kurikulum, sehingga terpaksa bemalam bersama pelajar, program 1 murid 1sukan berpanas ditengah padang, paling mengerunkan mental guru, program susu 1malaysia, menunggu masa ke hospital dan macam-macam lagi beban. Umno Barisan Nasional tidak pernah memikirkan ini semua.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat maka ramai guru yang terpaksa buat kerja luar termasuk buka kelas tiusyen.

Masa kerja guru akan jadi lebih dari pegawai kerajaan yang biasa apabila skim kerja guru tiada cuti tahunan seperti pegawai kerajaan lain. Guru hanya ada 5~7 hari cuti setahun berbanding minima cuti tahun 24 hari bagi pegawai kerajaan yg lain.

Tekanan kerja wajib guru juga semakin meningkat bila terpaksa mencapai target sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mancapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum.

Peruntukan yang semakin kurang menjadikan guru terpaksa memikul tanggungjawab repair tandas yang rosak tanpa duit dari kerajaan. Terpaksa la guru meminta duit dari pelajar.

Kini guru jadi mangsa lagi. Mangsa kepada mainan politik kotor UMNO BN. KL

No comments:

Post a Comment