Saturday, November 5, 2011

Akhbar Australia buat pembetulan

Neh keratan akhbar australia yang buat pembetulan atas berita yang pernah mereka keluarkan berhubung satu artikel yang menyatakan bahawa anak najib berbelanja besar hampir UAD60,000.00 di david jones. 

Tindakan tersebut dibuat selepas najib menafikan anak dia turut serta dalam rombongan terbabit.

Berita yang disiarkan oleh akhbar australia juga telah mengundang pelbagai reaksi dari rakyat malaysia termasuk aku. Andai benar akhbar australia telah melaporkan sesuatu yang salah aku pun nak minta maaf pada najib dan family sebab tersalah sangka berhubung isu neh.

Ada gak member facebook yang buat persepsi bahawa akhbar australia nafi sebab nak jaga reputasi najib. Yang itu aku tatau sebab takde bukti yang boleh mengesahkan persepsi dia. 

Ada juga terfikir adakah akhbar tersebut sengaja salah lapor supaya rakyat malaysia ber-reaksi terhadap berita tersebut dan akhirnya mereka tarikbalik laporan berita terbabit atas sebab2 tertentu?

Yelah kot2 saja nak kenakan rakyat malaysia. Tapi apa pun neh hanyalah persepsi aku je. Sila jangan nak percaya melulu. Kalau nak percaya sendiri tanggung dan jangan babitkan aku. Yang benar hanya mereka yang terlibat je tahu.

Dengan penafian neh aku pun malas nak percaya dah anak najib shopping sakan di ausie. Akhbar sama yang tulis ya dan akhbar yang sama juga tulis tidak. Kalau aku pilih nak percaya bila dia tulis ya apa sebab aku tidak percaya bila dia tulis tidak? So kesimpulannya aku rasa baik kita jangan pergi sangat atas isu2 neh. Buang masa betul.

Nota : Kita kena cari bukti lanjut kalau nak terus bercakap pasal isu neh.

Sumber asal : sini

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/akhbar-australia-buat-pembetulan-atas.html#ixzz1cpbYOJzc

No comments:

Post a Comment