Sunday, October 30, 2011

Sabah dan Sarawak adalah negeri terkaya di Malaysia tapi rakyatnya adalah yang termiskin berbanding negeri-negeri lain.

Revolusi Ekoposial 4
So, bila aku mula-mula cakap pasai revolusi, ramai yang tak setuju sebab masing-masing marasakan revolusi akan hanya terjadi apabila manusia kesempitan atau melarat. Dalam lain perkataan, factor utama berlakunya revolusi ialah ekonomi seperti yang dikomen oleh Jenin. “ yes. the key iseconomics. until we have people here who built theirsettlements on graves, then i believe this will happen.” Bukan Jenin saja yang cakap macam ni, aku pun selama ini cakap macam tu.


Tapi bila aku bagi statistic kemiskinan, orang kata kemiskinan tak akan mencetuskan revolusi. Seperti kata Nizam, “Kurang setuju bang mat tentang kemiskinan terutama kemiskinan bandar boleh mencetuskan kemarahan rakyat di malaysia.” Aku juga setuju dengan Nizam, bukan saja dibandar malah diluar bandar pun serupa. Lebih miskin seseorang itu, lagi jauh dirinya dari revolusi. Orang yang merempat tidak akan melawan, sebaliknya mencari jalan macam mana nak bunuh diri.
Aku setuju dengan komen Ibn Hamzah.kalau dilihat sejarah revolusi revolusi hampir kesemua nya berlaku dikawasan bandar/urban dan sejurus nya melebar ke kawasan dalaman/perkampungan.Jadi,fokus pengerak adalah dari kumpulan d bandar tetapi bukan lah mereka ini yang jadi pemimpin nya.Yang memimpin adalah mereka yang bersimpati dan mahukan perubahan.Mereka ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang dari’middle class’
Penggerak revolusi adalah mereka dari “middle class” yang bermaklumat. Satu kumpulan lagi ialah pelajaruniversity. Kalau dilihat kepada sejarah kebangkitan rakyat di Malaysia, kebanyakannya digerakkan oleh mahasiswa.
Ini dipersetujui oleh semua pemerintah. Sekiranya mahasiswa dan middle class mengetahui bahawa begitu ramai orang yang miskin, kemungkinan mereka ini menggerakkan revolusi akan meningkat.
Langkah yang dibuat oleh BN sejak zaman Mahathir dulu ialah menghalang mahasiswa daripada mengetahui apa yang berlaku diluar kerana ia merbahaya kepada pemerintah. Lantas dibuat pelbagai undang-undang dan akta.
Maklumat pula sama ada dimanipulasi atau disorok supaya mereka yang pandai tidak mendapat maklumat tersebut.
Akhirnya, masyarakat itu di perkotakkan. (compartmentalised).
Mungkin kita tak sedar apa yang telah berlaku. Dari awal, tentera dipisahkan dari masyarakat. Tentera dan orang awam mempunyai budaya dan pemikiran berbeda. Dalam tentera, yang ada hanya “perintah” dan “mengikut perintah”. Tak ada demokrasi. So, tentera tidak akan memahami masalah rakyat…dan memang bukan itu tugas mereka.
Kemudian polis pula di kuarantin dalam kuarters polis…terpisah dari masyarakat. Kalau dulu, polis dihormati oleh rakyat dan polis memahami masalah rakyat, sekarang polis juga sudah jadi tentera…”perintah” dan “menurut perintah”.
Selepas itu, guru-guru pula dikuarantin. Kalau dulu, guru-guru hidup bersama dengan masyarakat, sekarang mereka juga dikuarantin dalam kuarters guru. Guru-guru sudah terpisah dengan masyarakat.
Kalau dulu, golongan miskin tinggal dipinggiran taman-taman yang didiami oleh middle class. So, middle class sedar tentang kewujudan kemiskinan, tapi sekarang golongan miskin dipisahkan dengan menghantar mereka ke tempat yang tidak mungkin dikunjungi oleh orang kaya. Middle class sudah tidak sedar tentang kewujudan kemiskinan. Kalau jiran sebelah pun tak kenal..apakah mereka mahu mengambil tahu tentang orang miskin dipinggiran bandar?
So, polis sudah tidak peduli tentang emosi masyarakat awam. Guru sudah tidak dapat menyelami masalah keluarga murid. Middle class sudah tidak dapat memahami rakyat yang miskin. Dan mahasiswa hanya belajar dari buku dan kuliah.
Kerajaan kemudian memainkan peranannya memanipulasi statistic. Kadar kemiskinan hanya 3.8%! Kadar inflasi hanya 2%! Kadar pengangguran hanya 3%! GDP meningkat75% ! FDI mencurah-curah!
Angka-angka menjadi rujukan middle class dan mahasiswa. Tapi itu bukan kenyataan. Lagipun sapa nak analisa angka-angka ini sama ada benar atau tidak? So, aku tak heran kalau ada yang berkata, revolusi tidak akan berlaku selagi rakyat berasa selesa. Sebab kadar kemiskinan masih rendah!!! Rakyat tidak akan marah dengan kenaikan harga barang, sebab kadar inflasi hanya 2%! Tak perlu risau dengan penggangguran sebab ia hanya 3%. Negara lain lagi teruk!!
Pengkotakkan masyarakat telah berjaya mengekalkan BN untuk sekian lama kerana rakyat tidak mendapat maklumat sebenar, semuanya bergantung kepada data dan statistic yang dimanipulasi oleh pemerintah.
Dan sekarang, dengan bantuan teknologi maklumat, semua pihak boleh mendapat maklumat alternatif. Data dan statistic yang diberi oleh kerajaan sudah boleh dianalisa sama ada benar atau tidak.
Cuba analisa statistic ini pulak.
 Terdapat 12.5 juta pekerja dinegara ini berpendapatan kurang dari RM1,500. Dari jumlah ini, 2.1 juta (17%) adalah pekerja asing. Adakah 17% itu sudah tinggi atau masih rendah?
Cuba tengok keliling kita.Baik dari kedai mamak, restoran hailam, supermarket, hotel, pertanian…dan cubabandingkan dengan statistic rasmi kerajaan. Adakah 17% itu boleh diterima….atau satu manipulasi?
Kehadiran pekerja asing bukan saja menafikan hak anak tempatan, malah boleh menjejaskan keselamatan negara. Aku bukan nak kata depa ni akan melancarkan revolusi, tapi boleh menyebabkan rakyat tempatan irihati. Dan sekarang, pendatang asing ini bukan saja diberikan kerakyatan dengan mudah, malah mereka boleh mengundi!!
Kemudian tengok pula jiran-jiran kita. Sekarang cukup susah untuk cari makan kalau hanya suami yang bekerja. Memang tak cukup sehinggakan memaksa isteri juga bekerja. Anak yang tak cukup umur pun terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Kalau seorang bergaji RM800.00 sebulan, tiga orang bekerja dalam satu keluarga baru membawa pulang RM2400.00. Berapa ramai jumlah rakyat Malaysia yang hidup macam ini?

44% rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM2500.00. (berdasarkan pendapatan isi rumah). Kalau dibandar, jumlah ini boleh dikatakan cukup makan. Selepas tolak sewa rumah, ansuran motor, duit mengasuh anak, perbelanjaan sekolah.
Itu yang kita boleh ketahui kalau kita rajin sikit kepinggir bandar. Macam mana dengan keadaan luar bandar?
Berapa ramai yang tahu bahawa gaji minima pekerja estet ialah RM325.00? Pekerja estet juga membeli gula, kopi, beras, minyak dengan harga yang sama dengan orang kaya dibandar!
Kalau orang Bandar merasa kesempitan hiudp dengan gaji RM800.00 sebulan, bagaimana dengan pekerja estet yang berpendapatan RM325.00 sebulan?
Macam mana dengan kemiskinan di Sabah dan Sarawak?
Sabah dan Sarawak adalah negeri terkaya di Malaysia tapi rakyatnya adalah yang termiskin berbanding negeri-negeri lain. By the way, kadar kemiskinan 3.8% itu adalah hitung panjang nasional. Cuba tengok statistic ini dan analisa sendiri sama ada ianya boleh diterima akal atau tidak. Ini adalah statistic rasmi kerajaan.

Betul kata Nizam, rakyat yang miskin akan tetap menyokong Umno. Pengundi Sabah dan Sarawak menjadi fixed deposit Umno. Malah Sabah dan Sarawak lah yang menjadi penyelamat Umno selama ini.
Tapi, kalau pengundi India diestet-estet sudah boleh bangkit menentang BN, mengapa pengundi Melayu dikampung-kampung dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak masih belum berubah?
Jangan salahkan mereka. Aku akan menyalahkan middle class yang sudah tidak prihatin dan mahasiswa yang hanya merujuk kepada buku.
Middle class perlu bangkit menyedarkan rakyat miskin ini. Mahasiswa perlu lebih prihatin tentang realiti di luar. Kalau India diestet boleh bangkit, apakah Melayu dikampung masih belum sedar? Dan sesuatu sedang membara di Sabah dan Sarawak. malaysiatimes

No comments:

Post a Comment