Tuesday, October 25, 2011

Laporan Audit: MARA beli peralatan 100 peratus lebih tinggi

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan untuk membeli peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dedah Laporan Audit 2010.

Beberapa barangan itu seperti ketuhar dibeli pada harga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419; Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding RM100; Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan berharga RM250 berbanding harga pasaran iaitu RM79 seunit dan Pengisar pada RM140 dan bukannya RM60.

Laporan tersebut juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tanpa melalui tender terbuka serta kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga mengesyorkan Giatmara menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut, lapor Malaysiakini.

Laporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.


No comments:

Post a Comment