Monday, October 10, 2011

Gaji Minimum di Malaysia Tiada Dalam Bajet 2012.

gaji minimum7 Gaji Minimum di Malaysia Tiada Dalam Bajet 2012. MTUC Tak Puas Hati Pekerja Swasta Kurang Dibela!!
Yang menjadi isu dan persoalannya sekarangnya, sebelum dibentangkan bajet 2012 telah diwarwarkan yang Bajet kali ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi, pekerja swasta tiada diumumkan mengenai penetapan gaji minimum di Malaysia dalam Bajet 2012 kali ini. Sedangkan dicanangkan dalam akhbar bahawa dalam bajet 2012 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan menyelesaian isu penetapan gaji minimum di Malaysia.
Sebenarnya ini bukan isu samada pekerja-pekerja swasta daripada bank ataupun syarikat korporat yang memperolehi pendapatan yang agak tinggi dan juga mampu menikmati bonus sehingga setengah tahun. Ataupun kakitangan kerajaan yang menikmati kenaikan gaji baru-baru ini yang diumum dan dibentangkan dalam Bajet 2012, selain daripada kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan. Itu namanya hak mereka & rezeki mereka. Tidak perlu kita kacau ataupun dengki- mendengki. Bila mereka ada lebihan tunai, baru mereka mereka berbelanja yang mana mampu  merancakkan ekonomi negara.
  • Dalam keadaan negara merancang utnuk menjadi negara berpendapatan tinggi di mana mampu memperolehi pendapatan USD15,000 perkapita pada tahun 2020 sangatlah baik
  • Tetapi, dalam pada masa yang sama kalau boleh kita semua tak mahu yang miskin bertambah miskin. Manakala yang sederhana sebelum ini boleh jatuh miskin
  • Kita nak merapatkan jurang pendapatan yang cukup besar antara golongan yang berpendapatan tinggi dengan yang berpendapatan rendah
Bagi kami, kalau sukar sangat menyelesaikan isu penetapan gaji minimum di Malaysiaterutamanya melibatkan mereka yang bekerja di sektor swasta, sekurang-kurangnya kerajaan kenalah memantau gaji pekerja di sektor swasta. Jangan sampai membiarkan syarikat sahaja yang mengautkan keuntungan berlipat kali ganda, tetapi pekerja mereka terabai dengan hanya menerima gaji yang “cukup-cukup makan” sahaja tidak sesuai dengan keadaan semasa, sedangkan pekerja diperah tenaga dan kudrat.
Kami bagi satu contoh :
  • Ada basic operator yang masih menerima gaji RM550 sahaja daripada tahun 2000 lagi. Sekarang dah zaman 2011. Sesuai lagi?
gaji minimum8 Gaji Minimum di Malaysia Tiada Dalam Bajet 2012. MTUC Tak Puas Hati Pekerja Swasta Kurang Dibela!!
Sekarang tahun 2011, semua barang dah semakin mahal sekarang ini, dah memnag tak sesuai dengan gaji seperti itu. Harga barang melambung-melambung naik. Contohnya, harga ayam masa kerajaan kawal peniaga jual RM7.20 sahaja sekilo masa Hari Raya. Kemudian yang terbaru harga ayam dah jadi RM8.40 sekilo. Ikan basah pun dah jadi mahal. Agak-agaknya bagaimana mereka nak berhadapan dengan situasi seperti ini? Kasihan mereka ini Pak Menteri. Segera, segera dan segerakan menyelesaikan isu penetapan gaji minimum di Malaysia. MTUC dah perjuangkan isu ini terlalu lama :
Belanjawan 2012 kurang beri perhatian terhadap keperluan pekerja swasta
KUCHING: Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat kurang memberi perhatian terhadap keperluan pekerja dalam sektor swasta. Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Andrew Lo ketika dihubungi meluahkan rasa kecewa terhadap inti pati Belanjawan 2012 kerana tidak memenuhi harapan MTUC. “Saya agak kecewa dengan Belanjawan 2012 kerana tidak memberi perhatian kepada kos hidup sektor swasta seperti yang diharapkan. “Ini adalah satu daripada aspek yang cuba diperjuangkan oleh MTUC untuk Belanjawan 2012, namun ia tidak seperti yang kami jangkakan.
Secara statistiknya kajian yang diperolehi oleh MTUC ini :
  • Terdapat 12 juga tenaga kerja di Malaysia
  • 2.3 juta rakyat Malaysia berpendapatan RM1,000 dan kebawah dan seramai 1.537 juta rakyat Malaysia berpendapatan RM700 dan ke bawah. Ramai bukan? 
  • 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura di mana 150,000 berulang-alik setiap hari Malaysia-Singapura. Sebab apa mereka memilih bekerja di sana? Pernah tak kita timbulkan persoalan ini? 
  • Kadar anjakan gaji di Malaysia hanya 2.5% untuk tempoh 10-15 tahun (Kajian oleh Bank Dunia)
  • Dah hampir 80-90% negara-negara seluruh dunia telah melaksanakan gaji minima ini. Malaysia?
Gaji minimum ini apa maksudnya? Inilah hanyalah gaji lantai. Produktiviti syarikat tidak boleh dihalakan kepada pekerja sahaja tetapi lebih terarah kepada mesin, teknologi, cara kerja dan juga budaya pengurusan. Jikalau ini semua digabungkan dengan baik, “masing-masing” akan mendapat manfaatnya. Apa yang faedah yang pekerja dapat, syarikat perolehi mahupun negara dengan terlaksananya penetapan gaji minimum di Malaysia?
  • Elak penggunaan ramai pekerja asing
  • Mampu menggalakkan penggunaan teknologi yang lebih tinggi
  • Mengelakkan eksplotasi syarikat terhadap pekerjanya
  • Meningkatkan produktiviti syarikat
  • Memastikan pekerja menerima gaji yang munasabah
Negara kita Malaysia dah terlibat dalam peralatan elektronik contoh sudah hampir 40 tahun, tetapi gaji pekerja tidak sampai RM1,500 selepas tempoh 25 tahun lamanya. 30 tahun dahulu, negara kita Malaysia seangkatan dengan beberapa kelompok negara yang digelar “Harimau Asia” yang lain termasuklah Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong & juga Singapura. Sekarang? Mesti ada sebabnya kenapa jadi begini. Dan perkara-perkara sebegini yang perlu diperbetulkan…


P/S : Selama ini, tiada penetapan gaji minimum di Malaysia pun kos sara hidup telah meningkat, harga barang naik menjadi-jadi. Harga barang kalau naik tidak mengenal siapa, tidak kisahlah pekerja gomen ka, atau pekerja swasta. Pukul rata kesemuanya. Jadi memang elok sangat kalau dapat dipercepat pelaksanaan gaji minima ini. Apa pandangan anda pula? Berita Semasa

No comments:

Post a Comment