Saturday, September 10, 2011

UMNO lama sudah TERKUBOR, UMNO yg ada pada hari ini perongos sifatnya...asyik mengumpulkan harta sahaja.


Kita boleh namakan anak kita P Ramlee, tetapi tidak akan jadi P Ramlee 

Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi UMNO hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan UMNOlah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.


Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila UMNO wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.

Oleh kerana UMNO adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka UMNO lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik.

Dalam isu ini yang hanya boleh menyelesaikan perdebatan ini ialah untuk kita semua mengakui yang sejarah kita yang mengatakan UMNO itu merupakan parti yang memperjuangkan kemerdekaan itu adalah seratus peratus benar. Tetapi yang kurangnya dalam penulisan sejarah kita ialah kita meninggalkan nama-nama manusia perjuangan kemerdekaan dengan pertubuhan-pertubuhan mereka yang telah berhempas pulas untuk melepaskan negara kita dari belenggu penjahan asing itu.

Kalau kita manusia yang berfikir dan mempunyai perasaan tentulah kita faham yang orang lain pun mempunyai perasaan. Kenapa kita tidak terima sahaja yang sebelum UMNO diwujudkan itu puluhan badan-badan dan pertubuhan yang wujud dengan semangat perjuangan untuk memerdekan negara. Apa salahnya kita terima hakikat ini dan berbaik-baik di antara semua pihak. Jika sudah bertengkar tidak boleh kah bersama-sama mengakui yang kedua-dua belah pihak ada betulnya dan ada kesalahannya.

Sekarang sudah jelas yang UMNO merupakan parti yang memperjuangakan kemerdekaan dan sebelumnya ada puluhan pertubuhan yang wujud dengan tujuan yang sama. Oleh kerana itu sudah menjadi kenyataan apa lagi yang hendak bertengkar ini? Semua orang tahu yang pilihanraya akan tiba dan tentulah isu ini dijadikan isu oleh pihak yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa dan mandat rakyat. Pulangkan kepada rakyat untuk menilainya.

Akhirnya sekali lagi kita akui yang pertubuhan yang banyak wujud uitu semuanya bertujuan untuk memerdekan negara termasuk UMNO.

Tetapi satu persoalan pula yang harus kita fahami yang UMNO sekarang ini tidak kene-mengena dengan apa-apa perjuangan kemerdekaan negara. UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan itu ialah UMNO yang sudah di kuburkan itu. UMNO sekarang di tubuhkan pada Februari 1988 sedangkan kemerdekaan kita ialah pada 1957, iaitu 41 tahun sebelum UMNO sekarang wujud. Tetapi PAS, MCA dan MIC memang wujud semasa usaha memerdekan negara semasa itu. UMNO sekarang belum ada lagi.

UMNO sekarang hanya menggunakan nama UMNO asal yang berjuang untuk kemerdekaan dulu. Kita boleh menamakan anak kita P Ramlee kerana hormat kita kepada jasa allahyarham P Ramlee kepada industri perfileman negara kita.

Tetapi P Ramle yang sebenarnya sudah meninggalkan kita hampir 41 tahun yang lalu. Maka P Ramlee yang baru lahir ini takkan lah hendak mengaku P Ramlee yang memperjuangkan industri filem negara dulu…bukan gitu?

P Ramlee yang sudah meninggalkan kita itu tinggi seninya. P Ramlee yang ada pada hari ini perongos sifatnya dan tidak berseni...asyik mengumpulkan harta sahaja. - Aspan Alias

No comments:

Post a Comment