Wednesday, September 7, 2011

Umno juga menjadi penyokong ajaran komunis?

HD] KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).
Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

“Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

No comments:

Post a Comment