Friday, September 16, 2011

Skandal "ParpuKari", "TaipingMali" dan "PERAKGATE"


Perihal Duit RM80 Ribu Parpukari & Identiti Jurublog Taiping Mali

Untuk bacaan anda, untuk pengetahuan anda, untuk penilaian anda. 

[MT] Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.
Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?

Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.

Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.

Kalau tuduhan mengatakan Parpukari menerima RM80,000 sebulan, yang tu aku tak setuju…walaupun dia sebelah sana. Tapi kalau Parpukari bertindak sebagai penyelaras dan duit itu adalah untuk elaun bloggers dalam jaringannya, yang tu aku setuju. Dan kalau aku la Parpukari, aku tak akan marah sebab bagi aku, itulah kos untuk menguasai alam siber. Bagi akau…fair. Kalau bagi seorang RM2,500.00 sebagai elaun untuk nak maintain blog..aku rasa adil.

Aku bagi tau beberapa pemimpin PR tentang perancangan ini..tapi macam biasa, pemimpin PR buat tak tau. Kecuali PKR Selangor yang menubuhkan cybertrooper sendiri. Dan aku juga tau blog mana yang dibayar oleh PKR!! so, apakah kalau Parpukari terima duit, itu dianggap tidak bermoral tapi kalau kita terima duit, tak salah?

Ok..yang tu boleh dibincangkan kemudian, tapi kali ini biarlah aku cerita sikit tentang Parpukari. tolong promote dia sikit. Lagipun dia sekarang dah mula nak hentam Najib.

Mula-mula kita tengok printscreen dari blog Umnoreform.
 
Aku cuma nak tolong Anuar Mohd Nor merungkai jaringan yang cukup menarik ini. Anuar pun member aku jugak.

Raja Ahmad Zainudin ialah ahli Parlimen Larut..orang Perak.
Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak.
Akmar Hashim ialah Setiausaha Akhbar Najib.
Ainun mohamad pula adalah Setiausaha Akhbar Muhyidin.
Parpukari adalah orang Perak.

So, kita boleh katakan skandal ini sebagai Perakgate. ha.ha. -MSK
 Artikel ini panjang lagi, sila sambung bacaan anda di Malaysia Times. / DCM

No comments:

Post a Comment