Tuesday, September 20, 2011

Peluang Untuk UMNO buktikan SOKONGANNYA terhadap HUDUD

hukum hududPENYOKONG dan pemimpin termasuk blogger UMNO sering kali memesongkan fakta tentang hudud Kelantan.


Mereka cuba memperdayakan generasi muda yang tak faham dengan isu ini kerana ia berlaku hampir 10 tahun yang lalu.

Mereka mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mahu melaksanakan Hudud, dan pelbagai lagi tohmahan kononnya hudud hanyalah retorik Kerajaan PAS Kelantan.

Fakta sebenarnya, Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir melarang keras perlaksanaan Hudud Kelantan malah mengugut akan menggantung perlembagaan Negeri Kelantan jika Hudud dilaksanakan [Hudud Kelantan].

Kali ini, sekali lagi Tuan Guru Nik Aziz meminta Perdana Menteri Malaysia membenarkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan [Sinar].


Kita tunggu apakah jawapan Najib berhubung hal ini. Sebagai seorang Islam, tidak ada sebab untuk beliau menolak perlaksanaan Hukum Hudud. Undang-undang Hudud Kelantan telah dipersetujui oleh 100% Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mari kita saksikan keindahan hukum Islam, bagaimana ia mampu mendidik rakyat dan menyelesaikan pelbagai masaalah sosial, jenayah dan lain-lain bila hukum ini berjalan kelak. Itupun kalau Najib benarkan.

ReJaM© "Tunggu dan lihat, Najib akan menolak atau menerima Hukum Islam..."

No comments:

Post a Comment