Monday, September 26, 2011

Najib mengundang Kemurkaan ALLAH, bukti jelas UMNO tolak HUDUD + Video


ALLAH berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36, "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata."


Seorang ulama dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang tidak sanggup menjunjung hukum Allah dan secara terbuka menentang Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka mereka ini tergolong secara langsung sebagai manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.


Pernah kah kita terbaca atau terjumpa catitan sejarah bahawa terdapat manusia yang menang dalam peperangan menentang Allah? Waliya uzubillah. Saya belum pernah terjumpa buku atau mendengar kuliah yang menyatakan manusia pernah menang dalam peperangan menentang hukum-hukum Allah.


Apa yang saya pernah dengar dan pernah tengok dengan mata sendiri ialah manusia dan bumi dihancurkan Allah angkara keangkuhan dan kesombongan manusia yang menganggap diri mereka lebih hebat dan lebih bijak dari Allah s.w.t.


Allah berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41, "Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. (Timbulnya perkara-perkara itu) Kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian balasan dari perbuatan-perbuatan buruk mereka yang telah dilakukan, agar supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”


Pemimpin tertinggi UMNO terlalu sombong dan bongkak apabila dengan tegas menyatakan bahawa Kerajaan Pusat akan menghalang percubaan untuk melaksanakan undang-undang hudud seperti yang diinginkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
 
Pemimpin UMNO selanjutnya bertegas bahawa hudud tidak sesuai dipraktikkan kerana suasana dinegara ini tidak mengizinkan undang-undang ciptaan Allah ini diletakkan pada kedudukan yang sewajarnya. (PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia) & (Zahid: Hudud belum sesuai dilaksana di Malaysia)


Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang bertegas menolak perlaksanaan hukum hudud sebenarnya didorong oleh rasa takut akan kehilangan sokongan MCA dan GERAKAN. UMNO sekarang berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'. (Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno)
Para pemimpin UMNO lebih bersedia mencari redha MCA dan GERAKAN dengan menempah kemurkaan Allah. Maka tunggulah tiba saatnya nanti Allah menentukan sesuatu yang tidak terduga sama sekali oleh para pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak, yang tidak sedar diri bahawa udara yang mereka hirup setiap detik adalah anugerah Allah, nyawa yang mereka miliki adalah pinjaman dari Allah, yang boleh ditarik pada bila-bila masa yang Allah kehendaki.


Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS adalah pemimpin yang terus relevan sepanjang masa. Ketegasan Tok Guru Nik Aziz yang sanggup kehilangan rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP, kerana penentangan YB Karpal Singh atas kesungguhan PAS mahu melaksanakan hudud, membuktikan kepada umat Islam bahawa Tok Guru bersedia menerima kemurkaan manusia dengan menempah keredhaan Allah!


Tok Guru tidak takut kehilangan kuasa kalau kuasa yang dimiliki hanya untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bersifat maksiat kepada Allah. Kenyataan Najib kononnya Kerajaan BN sekarang berkewajipan melindungi 'Maqasid Syariyyah', adalah palsu dan bohong semata-mata.


Apa yang berlaku pada malam 17 September yang menyaksikan berlangsungnya konsert 'Suarakami' di Stadium Merdeka yang turut disertai oleh Najib dan isterinya sama sekali bertentangan dengan prinsip 'Maqasid Syariyyah' yang salah satunya untuk melindungi aqidah dan kehormatan umat Islam.


Bohong! Cuba lihat siapa dia penyanyi yang dijemput untuk menjayakan konsert tersebut kalau bukan 'Awang Hitam' dari USA, dengan ukiran tatoo di badan mereka! Apakah ini dia contoh 'Maqasid Syariyyah' yang dicanangkan oleh Najib dan pemimpin tertinggi UMNO?


Remaja Islam yang menyertai konsert tersebut tiada bezanya dengan remaja bukan Islam yang tidak mempedulikan pergaulan bebas yang hanya mengundang dosa dan kemurkaan Allah.


Akhirnya, remaja Islam akan terus bergelumang dengan dosa yang tiada kesudahannya dimana kes-kes buang bayi terus bercambah, pelajar sekolah menggugurkan kandungan, dan pelbagai dosa yang amat menggerunkan umat Islam negara ini.


Semoga talian hayat UMNO beakhir dan tamat menjelang PRU ke-13 dan negara ini semoga menuju sebuah negara ini dipimpin ke arah 'baldatun tayyibatun warabbun ghafuur.’
HUDUD: Keris UMNO Menikam Tuannya

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat “keris makan tuan” apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

“Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.


“Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud,”kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini. 


Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.“Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS. “Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam,” kata beliau sambil menambah, “lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud. 

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu. Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS. “Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. 


Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu. “Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini,” katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud. 

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.“Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya. “Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah,” kata beliau.


Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.



Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, “tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu.” -TMI

PS... 
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" - -DS Najib Tun Abdul Razak 1993



Sebab kenapa kita perlu tolak hudud

Kita sebenarnya kena tolak undang2 islam dalam soal pelaksanaan hudud. Ramai yang mungkin akan marah dengan penulisan neh tapi terima larh hakikat bahawa undang2 hudud tidak boleh dan tidak akan dilaksanakan di malaysia neh. Di bawah neh aku akan bagi korang sebab kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di malaysia.

soalan : kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di malaysia?

jawapan : “Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,”

soalan : Jadi hudud tidak akan dilaksanakan di malaysia?

jawapan : Itu tidak menjadi isu kerana undang-undang hudud kita tidak akan laksanakan di Malaysia ini walaupun kita terima bahawa ini undang-undang tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini bahawa ini Undang-undang tuhan tetapi jika kita nak laksanakan ini ia mestilah berpaksi kepada realiti.

soalan : adakah ini bermakna undang2 hudud tidak realiti?

jawapan : matlamat sesuatu pentadbiran itu mengikut Islam ialah tergolong dalam prinsip-prinsip makasid Syariah. Antara prinsip makasid syariah ialah untuk pertahankan agama, nyawa, akhlak, harta benda dan lain-lain. Jadi dengan keadaan sekarang ini melalui undang-undang sedia ada, prinsip dan matlamat makasid syariah ini boleh dipertahankan dan diperjuangkan oleh kita.

soalan : tapi tanpa pelaksanaan hudud?

jawapan : other element of hudud already in existent tetapi the extreme part or the ultimate part is not, that doesn’t mean tiada Undang-undang Islam di Malaysia.

Diharapkan dengan penerangan neh korang faham larh yer kenapa kita kena tolak hudud. Nanti dulu, jangan nak marah aku melulu. Jawapan di atas neh disediakan oleh najib. Najib tue sapa? Piem ko dan aku. Piem = ketua pentadbiran negara = wakil Agong dalam urusan pentadbiran dan pengurusan harta negara.

kah kah kah

Sumber asal disini



No comments:

Post a Comment